4 Benda dari Filem Back To The Future pada tahun 2015
1. Salah - Kereta Terbang , Betul - Hoverboards
Kereta terbang - Jika anda rasa ada kemalangan jalan raya sekarang bahaya, bayangkan betapa bahayanya jalan raya dengan menambah satu lagi dimensi untuk pengguna jalan raya. Dalam dunia kereta terbang, kita akan dapat lihat lebih banyak kemalangan akan berlaku.
Hoverboards telahpun wujud kini. Sebuah syarikat bernama Hendo yang telah mencipta alat ini. Hoverboards juga telah diuji oleh Skateboarding Tony Hawk. Namun ia terdapat satu masalah pada masa ini, ia hanya berfungsi di atas permukaan logam kerana ia menggunakan elektromagnet berlegar.
2. Salah - Banjiran Teknologi dari 1980-an , Betul - Drone
Rangkaian pertama disediakan untuk peranti telefon bimbit telah diperkenalkan ke Amerika Utara pada tahun 1983 dan Australia pada tahun 1987. Rangkaian generasi kedua tidak diperkenalkan sehinggalah tahun 1990-an.
E-mel telah wujud sejak tahun 1989. Walaupun ianya telah lama wujud namun emel masih digunakan pada masa kini untuk kegunaan harian
Drone digunakan dalam operasi ketenteraan dan apa sahaja. Tetapi dari segi kegunaan peribadi, tidak begitu banyak. Tetapi ia telah sampai ke tahap di mana ia digunakan untuk mengambil gambar dan video dari atas. Teknologi ini semakin banyak digunakan oleh agensi-agensi awam kerajaan, perniagaan, dan individu.
3. Salah - Penggantian Organ , Betul - Panggilan Video
Seperti yang kita semua tahu, penggantian organ dapat menyelamatkan nyawa. Tetapi kini penggantian organ hanya yang kaya dan terkenal sahaja yang mampu membuatnya. Kerana kosnya yang tinggi sudah tentu orang berpendapatan rendah tidak mampu untuk melakukannya.
Panggilan video kini semakin pesat digunakan. Ianya terdapat pelbagai kebaikan dan sekali gus membantu kehidupan harian manusia. Terutama sekali dalam aktiviti perniagaan. Kini ahli perniagaan tidak perlu lagi membazir masa dan tenaga untuk melakukan perbincangan dengan pelanggan yang berada di jarak yang jauh.
4. Salah - Peguam Dimansuhkan , Betul - Biometrik
Sesetengah pihak memberitahu kini dunia tidak lagi memerlukan peguam. Mereka merasakan keadilan dapat dicapai tanpa bantuan peguam. Namun bukan semua perkara logik untuk dilaksana.
Biometrik adalah satu perkara yang berlainan dengan pemansuhan peguam. Kini kita mempunyai teknologi biometrik/ Pada masa ini, terdapat banyak telefon yang memerlukan cap jari untuk membuka telefon mereka.