Latihan Drama Bertukar Menjadi Pengalaman Seram di Blok 3A, Putra [PART 3]
Sambungan dari PART 2 [KLIK DI SINI]
Sambungan yang tak berapa nak ingat..Sebenarnya cerita yang aku cerita tu kisah benar tapi di tambah2 skit sebab aku lupa cerita full..Hehehe..Anyway kalau perasan ada nama tukar means tu nama dia yg kitorg panggil..
Lepas jelingan manja dari Azaura tu. Aku terus sedar dan menyuruh kitorg pergi jauh dari blok tu sebab mungkin sebab ni dia kena macam tu. Rasa dia takut sebab pernah kena macam tu.
Kitorg semua terus keluar dari blok tu tapi Fatin tak ikut sebab tak boleh keluar tapi dia dah ada no masing2 so senang contact kalau ada apa2.
Entah macam mana, di takdirkan petang tu hujan dan kitorg terpaksa mendapatkan tempat berteduh dan Nabila terus mengajak kami datang ke rumahnya kerana mungkin ibunya dapat membantu. Aku tak fikir pasal nak bantu Azaura pun time tu. Yang aku tahu aku nak tempat berteduh dari kena hujan. Hahaha.
Tiba2 hujan turun dengan lebat, serius suasana makin pelik dan Azaura masih tersenyum dan menangis. Time ni aku baru tahu kelebihan Nabila. Masa dalam rumah dia, aku duduk la kat beranda nak tengok hujan dan nak skodeng mana tahu ada org tengah lepak2 kan walaupun tengah hujan. Hehehe.
Tiba2 Nabila duduk tepi aku dan suruh aku masuk dalam cepat. Muka dia pucat je. Aku tanya la kenapa. Dia jelaskan ada kakak pakai baju putih tengah tengok kitorg dari bawah rumah dia. Aku cuba tenangkan dia mungkin perasaan dia je kot. Tapi dia bersungguh2 kata yang kakak tu langsung tak kena air hujan tu!
Ah! Sudah. Boleh plak dia ikut kitorg sampai ke rumah Nabila kan. Tapi pelik sebab dia tak masuk pun dalam rumah tu. Bagi aku mungkin dia ikut sebab dia tengah rasuk Azaura kan. Tiba2 Azaura makin galak ketawa dan nangis dan suara dia lain sedikit.
Tiba-tiba Azaura memarahi kami dengan menyuruh kami diam dan serta merta bunyi guruh yang amat kuat sekali. Sumpah aku terkejut dan hilang kelakian aku time tu. Kami semua memanggil Nabila keluar kerana Azaura dah lain sangat. Lalu Nabila keluar bersama dengan ibunya. Ibunya kelihatan tenang sekali dan apabila ibu Nabila mendekati Azaura, serta merta hujan mulai renyai. Pelik tapi benar.
Azaura kelihatan tenang sedikit dan mula bercakap seperti biasa. Ibu Nabila menyuruh kitorg hantar Azaura balik dan cakap mungkin Azaura ada masalah. Sebab tu dia buat macam tu. Bukan kena rasuk. Org tua susah nak percaya cerita budak2 kan. Tapi aku pun tak pasti apa yang kitorg tengah alami.
Lepas tu kitorg decide nak hantar Azaura balik dan di temani oleh Amira dan abg dia. Amira kata abg dia boleh nampak dan berani sikit. Waktu kitorg cuba hantar Azaura. Abg Amira ingatkan kitorg supaya jangan pandang belakang sebab ada perempuan ikut kitorg. Aku ni bab dodol dalam hal macam ni pandang jugak belakang. Damn! Takde apa pun belakang aku time tu.
Lepas tu kitorg nak hantar la Azaura balik. Tapi abg Amira suruh aku dengan Amira tunggu kat depan blok je sebab dia tak nak ramai2 sebab dia rasa ada yang tak kena. Then dia dan Nabila pun hantar Azaura balik sedangkan aku tengah sejuk + kaki luka sebab terjatuh time lari ke rumah Nabila.
Lepas tu abg Amira dan Nabila pun datang kat kitorg. Muka dorg agak berlainan sikit. Then abg Amira pun bukak cerita. Dia kata waktu nak hantar Azaura balik. Dia rasa ada angin kuat sangat dan bila dia nak datang kat kitorg. Dia kata perempuan tu tengah tengok kitorg. Means aku dan Amira la time tu. Dia kata perempuan tu macam nak datang dekat tapi sempat abg Amira nampak dan suruh kitorg gerak cepat sikit.
Kitorg jalan je la sambil perempuan tu ikut kitorg. Aku dah mula ragu2 sebab aku tak nampak sedangkan yang 3 org tu nampak je. Tak adil langsung. Huhu. Aku takut tanpa sebab dan dorg takut bersebab.
Lepas tu kitorg terus sampai kat blok Nabila sebab nak hantar Nabila dulu dan kitorg terpaksa menggunakan tangga dan berlaku situasi cemas masa kitorg nak naik sebab abg Amira kata perempuan tu cuba kejar kitorg. Apalagi, lari la kitorg ni walaupun aku tak nampak benda tu tapi terpaksa lari. Hehehe.
Tapi aku perasan yang rumah Nabila seperti tinggi sangat sebab time lari tu aku rasa macam naik tempat sama. Sedangkan rumah Nabila tingkat 4 dan waktu kami di suruh lari kitorg dah tingkat 2. Patut lagi cepat kami sampai tapi rasa terlalu lama. Mungkin benda ni cuba bergurau dengan kami tapi sekejap saja sebab akhirnya kami sampai ke rumah Nabila. Aku rasa dorg tak sedar sebab sibuk berlari kan.
Lepas hantar Nabila balik, abg Amira menyuruh kitorg menggunakan lif dan bukannya tangga. Aku tanya la kenapa boleh guna lif sedangkan time tadi dia tak nak guna lif. Abg Amira pun menjawab, "Dia kan tak boleh naik lif. Lagi pun benda tu ikut dia bukan kita. Kalau naik lif aku takut dia rasuk pulak kawan kau tu." Oh..baru aku sedar. Then dorg offer untuk hantar aku balik tapi aku kata takpe tapi dorg takut apa2 jadi kan. So aku terpaksa guna tangga dan dorg tunggu di bawah saja.
Sampai sini je la. Ada lagi. Saja nak buat bersiri sikit. Baru senang paham kan. Hehehe.
Sambungan ke PART 4 [KLIK DI SINI untuk BACA]