Apa Yang Berlaku Dalam Badan Apabila Kita Minum Coca Cola
Apa Yang Berlaku Dalam Badan Apabila Kita Minum Coca Cola
Ramai yang ada mendengar keburukkan minum air gas seperti Coca Cola, Pepsi dan pelbagai lagi jenis minuman bergas yang ada di pasaran.
Semua tahu kandungan gula dalam air gas ni amatlah tinggi tetapi tahukah korang apa sebenarnya yang berlaku setelah kita minum Coca Cola?
Melalui satu blog infomasi farmasi yang ditulis oleh Niraj Naik, dia telah mencerita apa yang berlaku dalam badan setelah manusia minum air Coca Cola ini.
Satu infografik telah menunjukkan apa yang berlaku dalam tempoh sejam minum air gas ini:
10 minit : 10 sudu gula telah diambil (sama dengan 100% pengambilan sehari). Tidak akan rasa untuk muntah disebabkan kemanisan terlampau kerana terdapat phosphoric acid menghalang rasa mual itu.
20 minit: Level gula dalam darah naik secara mengejut menyebabkan insulin dihasilkan dengan banyak. Hati juga bertindak menukar gula yang tidak dapat dikawalnya kepada lemak.
40 minit: Penyerapan kafein telah lengkap pada saat ini. Tekanan darah anda meningkat, bebola mara mengembang akibat respon kepada hati yang mengepam lebih banyak gula ke dalam darah. Penerima Adenosine di otak pula disekat untuk menghalang rasaloya, pening dan mengantuk.
45 minit: Badan menghasilkan lebih banyak dopamine bersamaan dengan pengambilan heroiin.
60 minit: Phosphoric Acids mengikat calcium, magnesium dan zinc di usus anda, untuk meningkatkan metabolism. Ini akibat daripada kandungan gula dan pemanis yang tinggi juga meransang pembuangan calcium melalui urin.
Selepas 60 minit: Anda akan berasa untuk terkencing kerana caffein diuretic yang memerlukan badan anda untuk membuang ikatan calcium, magnesium dan zinc.
Selepas 60 minit lagi: Sugar crush berlaku. Anda akan merasa emosi, cepat marah atau berasa lembap. Anda akan kerap membuang air kecil untuk membuang air daripada Coca Cola. Badan anda tidak akan sempat menyerap apa apa nutrien malah sistem hidrasi anda akan terganggu.
Ini pula antara kesan jangka masa lama Coca Cola:
1. Kerosakkan Gigi
2. Risiko Penyakit Diabetes
3. Kadar Metabolisme Tidak Lancar
4. Menjejaskan Organ Dalaman
5. Menjejaskan Tahap Kesuburan