NOVEL CINTA ADA DI SINI

? Assalamualaikum ?

NOVEL CINTA ADA DI SINI


Cinta Ada Disini

BELI NOVEL : SINI

CINTA ADA DI SININo. ISBN:- 978-967-0448- 84-8
Jumlah muka surat:- 1312
HARGA SEMENANJUNG: RM40, AHLI KN: RM36
HARGA SABAH/SARAWAK: RM43, AHLI KN: RM39
Sinopsis:-
Kepulangannya ke pangkuan daddy dan abang-abangnya setelah 10 tahun terpisah membuatkan persaannya tidak menentu. Kerana amanat yang ditinggalkan oleh arwah mummynya menyebabkan dia terpaksa menagih semula kasih yang telah lama tidak disemai.
Edlynn Jasmin, namanya cukup indah bersesuaian dengan wajahnya yang begitu jelita. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris-Cina dan sentiasa kelihatan �stylo� kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Seorang gadis yang begitu obses dengan fesyen dan dunia tarian. Namun segala-galanya harus dilupakan setelah dia menjejakkan kaki ke villa mewah milik daddynya. Dia harus mengubah penampilan yang selama ini menjadi darah dagingnya. Semuanya gara-gara dia ingin menjadi individu yang berbeza. Tujuannya ke villa itu hanya satu. Ingin menagih semula kasih yang sudah lama dia dambakan.
Di villa mewah itu, misinya bermula. Dia cuba menagih semula kasih sayang dari daddy serta dua orang abangnya. Namun apa yang diharapkan tidaklah seindah seperti apa yang dia bayangkan. Kehadirannya di situ seakan-akan tidak diperlukan. Malah kewujudannya seperti langsung tidak diendahkan. Jelas dia memang dipulaukan oleh keluarga kandung sendiri.
�EJ? Siapa EJ? Adik bongsu kesayangan? Wait�wait�Adam, kita ada adik ke?� � ASYRAFF
�Macam ni sajalah, aku tak tahu kenapa daddy suruh kau datang sini, tapi apa yang aku tahu, aku dengan Asyraff tak pernah ada adik, kami tak pernah ada adik yang namanya apa tadi�Yes! Edlynn, nama dah moden tapi orangnya tak adalah moden mana pun,� � ADAM
Lama-kelamaan hati Edlynn mula berbelah-bahagi. Dia mula goyah. Amanat mummnynya sedikit demi sedikit semakin dia dilupakan. Buat apa dia mengejar pada yang tidak sudi? Kenapa pula dia harus berubah semata-mata untuk insan yang langsung tidak menghargai dirinya? Sudah tiba masanya untuk dia tunjuk siapa dirinya yang sebenar. Biar semua terkejut. Biar semua makan hati. Dia bukan gadis lemah yang hanya mampu menelan apa saja perkara yang menghiris perasaannya.
�I know mummy�Jasmin tahu kalau mummy ada�mummy mesti marah dengan apa yang Jasmin buat sekarang ni. Tapi mummy tak ada. Buat apa Jasmin nak jaga hati mereka yang langsung tak ambil berat pada Jasmin. Kan best kalau mummy masih ada, dah tentu telinga Jasmin dah kena pulas sekarang ni. Dah tentu pipi Jasmin dah merah kena cubit kan?�- EDLYNN JASMIN
Mampukah Edlynn untuk berada di dalam villa itu? Apakah rahsia sebenar yang menyebabkan daddy dan mummynya terpisah? Adakah Maria mampu menjadi sebahagian daripada hidupnya walaupun dengan jelas wanita itu sangat membenci dirinya? Semuanya akan  terjawab dalam �CINTA ADA DI SINI�.
�Selagi ia wujud dalam hati� selagi itulah rindu akan terus bersemi.�

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel