Che Ta Dan Zain Saidin Cemas, Aaisyah Dhia Rana Terjatuh Dari Katil

Che Ta Dan Zain Saidin Cemas, Aaisyah Dhia Rana Terjatuh Dari Katil


Memang cemas sekiranya anak bayi kita terjatuh dan berdarah. Itulah yang berlaku kepada Rozita Che Wan apabila bayi comelnya iaitu Aaisyah Dhia Rana terjatuh dari katil dan berdarah di hidung.



Kejadian malang ini berlaku sebaik sebelum Che Ta dan suami mahu pergi ke rumah terbuka yang diadakan baru-baru ini.

Dengan cemas, Rozita Che Wan dan Zain Saidin terus membawa Aaisyah Dhia Rana ke klinik berhampiran untuk diperiksa.

Ini komen Che Ta:

�Aaisyah jatuh katil sebelum kami datang ke sini (rumah terbuka) hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif. Kami memang bimbang apa-apa berlaku terhadapnya�

�Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya �mengamuk� sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius,� 

Zain Saidin juga akui amat cemas kerana itu kejadian pertama yang menimpa Aaisyah. Syukur baby comel itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Tambah Che Ta lagi, dia kini menerima banyak dan tawaran lakonan namun terlalu sibuk selain perlu meluangkan masa bersama dengan Aaisyah dan menguruskan perniagaannya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel