Jangan Degil - Lee Chong Wei Tegur Zulfadli
Jangan Degil - Lee Chong Wei Tegur Zulfadli
Pemain badminton legenda dunia, Lee Chong Wei telah memberi teguran dan menasihatkan pemain badminton yang sedang meningkat naik iaitu Zulfadli Zulkiffli supaya tidak berdegil dan menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ini penting agar tahap permainan pemain muda yang juga bekas juara dunia remaja itu berubah dan menjadi semakin baik.
Ching Wei berkata, sekarang ini terpulang kepada Zulfadli untuk memikirkan apa sebenarnya terbaik bagi dirinya.
Ini komen Lee Chong Wei:
�Kalau masih lagi di luar (tidak menyertai BAM) tahap permainan dia sama seperti sekarang. Jika menyertai pasukan kebangsaan dia akan mendapat banyak faedah,�
�But Zulfadli will only come good if he joins the Badminton Association of Malaysia (BAM). He has done well in his first World Championships, but he has to look at the future,�
Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengakui sudah tiba masanya bakat dimiliki bekas juara remaja dunia itu digilap sepenuhnya oleh BAM.
Tanpa berselindung, Khairy menamakan Zulfadli sebagai pemain yang perlu meneruskan kesinambungan Chong Wei di pentas antarabangsa apabila pemain itu mengambil keputusan berundur suatu masa nanti.