3 GAMBAR: Nelayan Berjaya Tangkap Kerapu Gergasi 320kg Di Sandakan

Nelayan Berjaya Tangkap Kerapu Gergasi 320kg 


Pengunjung Pasar Umum di Sandakan, gempar apabila melihat seekor ikan kerapu gergasi seberat 320 kilogram (kg) dijual di pasar itu.

Ikan kerapu itu dikatakan paling besar pernah dijual di pasar berkenaan apbila ditimbang mencecah 320 kg sedangkan tangkapan sebelum ini hanya sekitar seberat antara 100kg hingga 200 kg.

Nelayan, Saraji Jiblani dari Pulau Berhala berkata dia menangkap ikan berkenaan Sabtu lalu di kawasan perairan berhampiran sempadan negara jiran.

Ini komennya:

"Ia adalah tangkapan ikan paling besar pernah saya peroleh sejak menjadi nelayan lebih 30 tahun lalu.  

"Mengikut nelayan lain, paling besar ikan pernah dijual di pasar ini adalah 200 kg beberapa tahun yang lalu.   

"Sejak awal pagi, pengunjung tidak putus-putus datang ke pasar mahu melihat sendiri ikan gergasi dan tidak kurang juga yang mengambil gambar," 

"Kami cuma sedar ikan gergasi tersangkut pada pukat apabila disuluh,"

Saraji berkata, dia bersama 9 orang rakan ke perairan berkenaan untuk menangkap ikan seperti biasa pada petang Jumaat lalu.

Hanya beberapa jam selepas pukat dipasang, katanya, mereka cuba menarik pukat, namun berdepan kesukaran kerana keadaan pukat yang terlalu berat.

Ikan itu dijual antara RM45 hingga RM50 sekilogram berdasarkan permintaan pelanggan. Jika dikira boleh mencecah RM14 ribu seekor.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel