"Rosmah Banyak Menyusahkan Pegawai Saya. Suka Bazir Waktu Bershopping"- Hamid Bador

"Rosmah Banyak Menyusahkan Pegawai Saya. Suka Bazir Waktu Bershopping"- Hamid Bador


Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis Datuk Abdul Hamid Bador membangkitkan isu berkaitan amalan membeli-belah Rosmah yang didakwanya menyusahkan pegawai dan pengiringnya.

Ini pendedahan Hamid:

�Selama ini dia banyak menyusahkan pegawai saya. Suka membazir waktu 'bershopping' sakan. Berjam-jam lamanya pegawai polis kena iring.

�Aktiviti dia (Rosmah) itu memaksa kerajaan tanggung kos lebih untuk bayar elaun pegawai-pegawai untuk iring,� 

Hamid juga mendakwa Rosmah Mansur sebelum ini hadir ke mesyuarat tergempar yang dipengerusikan suaminya PM Najib dan Ahmad Zahid Hamidi sehingga dia ditendang keluar dari polis.

Menjawab soalan, Hamid berkata beliau tidak bimbang dikenakan sebarang tindakan atas kenyataan pedasnya itu.

�Saya tidak takut mati pun. Sudah saya buktikan waktu Ops Daulat (dalam kes pencerobohan Lahad Datu). Lagipun saya tidak percaya ilmu-ilmu ghaib, bomoh, hantu puaka. Kuasa Allah mengatasi segalanya.

�Kalau saya perlu pergi ke mahkamah, lagi bagus. Senang untuk saya dedahkan semuanya,� katanya.

Sumber: MalaysiaKini

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel