Peguam Anthony Kevin Morais Disahkan Diculik

Peguam Anthony Kevin Morais Disahkan Diculik


Pihak polis telah mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki Jumaat lalu.

Peguam ini ketika itu sedang dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya selepas keluar dari rumahnya di Jalan Duta.

Ini berdasarkan kenyataan dari Datuk Zainudin Ahmad (Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur).

Polis percaya dia dilarikan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang jalan yang dipercayai dilalui mangsa.

Menurutnya, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atau meminta wang tebusan untuk melepaskan mangsa.

Ini komen polis:

"Siasatan terkini polis berdasarkan pemeriksaan terhadap CCTV jalan termasuk milik persendirian di sepanjang jalan yang dipercayai digunakan oleh mangsa,"

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Sumber: Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel