Dua Jemaah Haji Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban

Dua Jemaah Haji Malaysia Yang Hilang Disahkan Terkorban


Dua orang jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang dalam kejadian kren runtuh pada 11 September lalu telah disahkan terkorban.

Mereka berdua ialah Allahyarham Abdul Habib Lahman, 68 tahun, dari Sik, Kedah dan Allahyarham Shahidan Saad, 52 tahun, dari Kodiang, Kedah.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah memaklumkan kepada Tabung Haji (TH) berhubung penemuan dua lagi mayat.

Menurutnya, pihak perubatan TH bergegas ke rumah mayat Muaissem untuk membuat pengecaman dan pengesahan awal.

Ini komen Timbalan Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki:

�Sejurus selepas itu waris dibawa ke rumah mayat untuk tujuan pengesahan.

�Jenazah disahkan oleh waris dan disokong oleh identifikasi yang masih ada pada jenazah khususnya, gelang, lencana dan barangan peribadi,� 

Tumpuan kini katanya, mempercepatkan proses pengurusan jenazah oleh pihak Muassasah dan Tabung Haji.

Beliau bagi pihak kerajaan Malaysia merakamkan setinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi di atas kerjasama dan sokongan dalam kerja mencari jemaah haji yang hilang itu.

Waris kepada dua jemaah haji yang terkorban sudah dibawa ke rumah mayat berkenaan untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Waris Shahidan ialah abangnya bernama Sobri dan adik bernama Zulhakimin, manakala Abdul Habib pula diwakili anaknya Mohamad Fazil.

Ujian itu bagi mendapatkan padanan DNA jenazah tidak sempurna yang dikumpulkan dalam tujuh beg plastik.

-Metro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel