Komen Abam Apabila Disingkir Dari Pentas Super Spontan

Komen Abam Apabila Disingkir Dari Pentas Super Spontan


Abam telah disingkirkan dari pentas Super Spontan minggu lepas dan ternyata mengejutkan ramai pihak kerana Abam merupakan pemain yang bagus.

Ramai juga melahirkan rasa tidak berpuashati di laman facebook "Zon Lawak" yang ternyata kecewa setelah Abam disingkirkan.

Ini sedikit komen dari Abam setelah disingkirkan.

Tak Terkejut Disingkir

�Saya tidak terkejut langsung apabila nama saya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir sebab saya dapat rasakan mungkin nama saya yang akan akan diundi keluar.

�Tiada perasaan marah aku tidak berpuas hati dengan penyingkiran saya sebab adat ada menang atau kalah. Hari ini mungkin saya kalah bukan sebab saya tidak kelakar, apa yang penting saya dah bagi yang terbaik untuk #kungfuKipidap dan penonton,�

Punca Disingkir

Jelas Abam lagi faktor utama penyingkirannya di minggu keempat Super Spontan All Stars berpunca daripada beberapa kelemahan yang dimiliki.

�Mungkin ada kelemahan yang saya tonjolkan malam ini sehingga tersingkir. Ahli kumpulan Kungfu Kipidap sendiri beraksi dengan  hebat, cuma nasib tidak menyebelahi kami,�

Nafi Ada Masalah Dengan Ahli Kungfu Kipidab

�Terus terang saya sangat okay dengan ahli kumpulan #KungfuKipidap dan tiada masalah di antara kami. Mungkin bukan rezeki saya untuk terus bersaing ke minggu berikutnya. Apa pun saya tetap gembira dan seronok berpeluang untuk berada di pentas Super Spontan All Stars,�

sumber: Astrogempak

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel