Khairuddin Sepatutnya Jumpa FBI Isnin Ini

Khairuddin Sepatutnya Jumpa FBI Isnin Ini


Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan, sebenarnya dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan, (FBI), di Amerika Syarikat, Isnin ini, lapor akhbar New York Times (NYT).

Peguam Khairuddin, Mathias Chang menyatakan, temujanji itu dibuat dengan bantuan dari Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Kemudian, Khairuddin dihalang ke luar negara kerana beliau dimaklumkan dihalang daripada meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen dengan arahan Ibu Pejabat Polis.

Ini komen peguam Khairuddin, Chang:

"Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa bagi mengelak laporan ini daripada sampai ke tangan penguatkuasa di Amerika,"

"Adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk mengatakan tindakan kami akan menjejaskan demokrasi," 

Khairuddin ditahan beberapa jam sebelum Khairuddin dijadual berlepas ke New York di bawah Akta 124C atas tuduhan cuba menggulingkan kerajaan.

Prosiding pendengaran ikat jamin ke atas Khairuddin dijadual pada hari ini.

Sebelum ini, Khairuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya, memaklumkan pihak PDRM telah meminta beliau hadir ke Bukit Aman pada Isnin depan untuk diambil keterangan berhubung tindakannya menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Switzerland berhubung 1MDB.

Awal bulan ini Khairuddin dalam satu temuramah memaklumkan mahu mengemukakan beberapa dokumen berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak penguatkuasa di Amerika.

Portal berita The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, pegawai kerajaan telah menuduh Khairuddin membuat laporan 'palsu' dan 'bermotifkan politik'.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel