�Ayahanda Zul Badak� Peserta Himpunan Baju Merah Mati Ditembak
�Ayahanda Zul Badak� mati ditembak
Seorang �ayahanda� sebuah pertubuhan Islam yang dua hari lalu menyertai perhimpunan baju merah di ibu negara, mati ditembak ketika keluar dari sebuah restoran di sini, awal pagi tadi.
Arzurizan Abdul Rahman yang kini berusia 39 tahun dan lebih mesra disapa yang digelar "Zul Badak" mati ditembak di depan Restoren Aliff.
Zul Badak maut di tempat kejadian sebuah restoran di hadapan Mega Mall selepas terkena tembakan pada leher, dada dan pinggang kiri.
Ini kenyataan pihak polis:
�Semasa kejadian mangsa bersama dua rakannya keluar dari Restoran Alif menuju ke sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner.
�Ketika hendak membuka pintu sebelah penumpang di bahagian hadapan, mangsa tiba-tiba telah ditembak beberapa das oleh salah seorang suspek yang menggunakan senjata dari jenis yang belum pasti,�
Ketika kejadian Zul Badak dikatakan bersama tiga rakannya baru selesai makan di kedai otu dan menuju ke kereta selepas makan di sebuah restoran kira-kira jam 2.25 pagi.
Ketika membuka pintu kereta, seorang lelaki bertopeng muncul dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Tiga das mengenai leher, dada dan pinggang kiri mangsa menyebabkan Zul Badak terus mati di tempat kejadian.
Suspek melarikan diri bersama rakannya menggunakan sebuah kereta Proton Waja berwarna perak bernombor pendaftaran palsu WSP 3856 milik sebuah motosikal.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk bedah siasat dan polis akan memanggil rakannya itu untuk direkodkan keterangan berhubung kejadian.
Katanya, polis masih meneruskan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.