Tampar Imam: Polis Dedah Hasil Dari Siasatan Awal
Tampar Imam: Polis Dedah Hasil Dari Siasatan Awal
Ekoran kes seorang lelaki menampar Imam Masjid Negara ketiak sembahyang jumaat tadi, pihak polis akhirnya tampil memberi sedikit penjelasan.
Polis telah membuat pengesahan telah menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab menampar Imam terbabit.
Dari kenyataan pihak polis, suspek berkenaan seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri.
Selain dari itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.
Ini komen Ketua Polis Daerah Dang Wangi:
�Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.
�Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,�
Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya.