PM Najib Dinasihatkan Tidak Hadir Persidangan Antirasuah Kerana 1MDB Dan Faktor Keselamatan
PM Najib Dinasihatkan Tidak Hadir Persidangan Antirasuah Kerana 1MDB Dan Faktor Keselamatan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan untuk tidak hadir ke majlis perasmian Persidangan Antirasuah Antarabangsa (IACC) atas faktor keselamatan.
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira sebarang kemungkinan susulan kontroversi 1MDB yang dikaitkan dengan beliau dan mendapat perhatian seluruh dunia.
Menurut Paul Low, beliau tidak menolak Najib pastinya akan menerima sambutan 'dingin' di kalangan peserta persidangan tersebut.
"Beliau sepatutnya hadir sehingga keputusan untuk beliau tidak hadir dibuat semalam. Ia selepas mengambil kira apa jua kemungkinan termasuk situasi semasa negara dan beberapa isu mengaitkannya secara peribadi.
"Beliau hadir sebagai ketua negara dan kami perlu mengikut beberapa protokol. Berbeza dengan pertemuan lain, persidangan ini membabitkan aktivis yang berani. Jadi ia berkaitan penerimaan mereka terhadap beliau,"
"Sebagai menteri, saya menasihatkan beliau untuk tidak hadir kerana faktor keselamatan dan situasi semasa. Jadi cara terbaik adalah saya menyampaikan ucapan pada perasmian persidangan ini, "
"Teks ucapan tersebut dibuat berdasarkan kapasiti beliau sebagai menteri. Saya tak perlu arahan daripada perdana menteri,"
Sumber: mStar