Soo Wincci Sedia Terima Padah Upload Video Desak PM Najib Letak Jawatan

Soo Wincci Sedia Terima Padah Upload Video Desak PM Najib Letak Jawatan


Selebriti Soo Wincci kini bersedia untuk menerima padah termasuklah sekiranya dia di blacklist oleh mana-mana pihak ekoran tindakannya mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Bekas peserta Masterchef itu memuatnaik video di laman rasmi Facebook miliknya pada 30 Ogos lalu dan mendesak PM Najib meletak jawatan.

Winccimemberitahu dia berani bertindak sedemikian kerana mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang pentadbiran perdana menteri dan bersedia sekiranya dikenakan tindakan termasuk tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Soo Wincci kini berada di negara Taiwan atas urusan kerja.

Ini antara komennya:

"Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan segala risiko yang bakal diterima."

"Andai kata nama saya disekat di mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu,"

"Andai kata perjalanan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa. Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri.

"Apa yang dibuat  bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi  kita pada masa akan datang," 

sumber: mStar

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel