PM Najib Puji Himpunan Merah
PM Najib Puji Himpunan Merah
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah memuji himpunan baju merah yang berlangsung pada 16 September baru-baru ini.
Walaupun perhimpunan itu dikatakan berunsur perkauman, namun ianya mengingatkan supaya kaum lain tidak mencarik-carik maruah kaum Melayu.
PM Najib mengucapkan tahniah kepada penganjur Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) kerana kejayaan menganjurkan himpunan baju merah tersebut secara aman tanpa melanggar undang-undang negara.
Menurut Najib, himpunan pada Rabu lalu adalah isyarat semua pihak perlu hormat-menghormati antara satu sama lain.
PM Najib berkata demikian semasa berucap dalam Himpunan Silat Pesaka Merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.
"Saya ucapkan tahniah pada semua berhimpun pada 16 September kerana kita berhimpun dalam keadaan aman.
"Tidak perlu khuatir kerana tidak ada sepanduk yang menghasut kaum lain, tidak ada gambar keris terbang, tidak ada gambar pemimpin pembangkang dipijak, semua ini tidak ada,"
"Kita hidup dalam sebuah negara yang semakin hari semakin aman dan semakin makmur sebab orang Melayu sentiasa bertimbang-rasa kepada orang lain, orang Melayu bersikap adil dari dulu sampai sekarang, dia adil sesamanya dan adil dengan kaum yang lain.
"Ini orang Melayu, tapi jangan carik-carik maruah orang Melayu, Sebahagian besar saudara berhimpun pada tarikh tersebut,"
"Kerajaan ini tidak boleh ditukar dengan demonstrasi jalanan, kerajaan hari ini jangan fikir tidak ada sokongan,"
Najib mengingatkan keamanan dalam negara yang dikecapi selama ini adalah kerana sikap adil dan bertimbang-rasa kaum Melayu, serta memberi amaran supaya maruah orang Melayu tidak dicarik-carik.
Himpunan tersebut berlangsung dengan aman di Padang Merbok, bagaimanapun tercetus insiden pergaduhan dengan pihak polis di Jalan Petaling selepas terdapat sekumpulan peserta baju merah yang ingin menceroboh ke kawasan peniaga majoriti Cina itu.
- Sumber: www.themalaysianinsider.com