Kes Bunuh Morais: Bahan Bukti Dicari, 7 Suspek Ditahan
Kes Bunuh Morais: Bahan Bukti Dicari, 7 Suspek Ditahan
Forensik Cari Bukti:
Pasukan penyelam Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masih meneruskan usaha mencari barang kes pembunuhan Morais di Sungai Kuala Selangor.
Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ditemui maut di dalam tong simen baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, arus sungai terlalu deras pada sebelah pagi hingga menyukarkan pencarian namun disambung semula petang ini.
Anggita bomba juga telah membantu proses pencarian bukti-bukti kes pembunuhan ini.
Sementara itu, Zainuddin menambah, mayat Morais masih dalam siasatan ahli pathologis dan akan diserahkan kepada keluarga waris pada masa terdekat.
Semalam, dua lagi suspek ditahan berhubung kes berkenaan.
INI Berita Penahanan 2 Suspek:
Dua lagi suspek ditahan berhubung kes pembunuhan timbalan pendakwa raya Anthony Kevin Morais, menjadikan jumlah ditahan tujuh orang setakat ini.
Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata dua lelaki berusia 46 dan 47 tahun itu ditahan di sebuah kedai cuci kereta di Jinjang, Kepong di sini, 3 petang semalam.
Ini komen Zainuddin:
"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,"
Mayat Kevin Morais ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya dekat sini pada Rabu lepas, selepas seorang daripada suspek membawa polis ke lokasi tong itu dibuang di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.
Kevin Morais, kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, di sini pada 4 September untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Sebelum ini, lima suspek berumur lingkungan 22 hingga 52 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Sumber: - Bernama