Wartawan Dikagumi Sebut Nama Bandar Terpanjang

Seorang wartawan penyiar lelaki menjadi perbualan hangat di internet selepas berjaya menyebut nama terpanjang sebuah bandar di Eropah yang mengandungi 58 huruf.

Liam Dutton

Dia yang dikenali sebagai Liam Dutton mengejutkan ramai apabila mampu menyebut nama tempat �Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch� dengan lancar.

Malahan dia juga langsung tidak tersasul ketika bersiaran secara langsung dalam segmen ramalan cuaca di stesen televisyen Channel 4 di United Kingdom.

Kemahirannya menyebut nama tempat tersebut dengan baik sekali gus membuatkan orang ramai terkejut dan berasa kagum.

Apatah lagi, nama tempat itu amat panjang dan kedengaran terlalu sukar untuk disebut.

Rakaman aksi Dutton itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial hingga menjadi viral dan telah ditonton sebanyak lebih 208,669 ribu kali dalam tempoh kurang dua hari.

Sekadar informasi, nama lain bagi bandar �Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch� adalah Llanfairpwll atau Llanfair PG.

Makna bagi nama tempat tersebut adalah �St. Mary�s Cruch In The Hollow Of The White Hazel Near The Rapid Whirlpool Of Llantysilio Of The Red Cave�.

BACA INI JUGA: OMG! Manusia Pertama Memiliki Wang Sebanyak AS$92,233,720,368,547,800!



Sumber: Mynewshub.cc

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel