Punca Pening Kepala Selama 40 tahun
Punca Pening Kepala Selama 40 tahun
Akhirnya, punca seorang wanita berusia 46 tahun pening kepala sejak kecil lagi terbongkar baru-baru ini apabila doktor mendapati terdapat sebatang jarum melekat pada otaknya.
Kejadian berlaku di wilayah Anhui, negara China kepada seorang wanita bernama Liu yang sering sakit kepala dan pening selama 40 tahun.
Liu berkata, dia sentiasa sakit kepala sejak kecil dan sering berulang alik ke klinik dan hospital tetapi tidak pernah sembuh sepenuhnya walaupun dah makan ubat.
CT Scan yang dilakukan ke atasnya baru-baru ini menunjukkan jarum sepanjang 4.6 sentimeter melekat di dalam otaknya.
Liu terkejut apabila diberitahu mengenainya dan tidak tahu bagaimana jarum itu berada di situ.
Doktor mengesyaki jarum itu mungkin termasuk ke kepalanya ketika dia masih bayi.
Anak perempun Liu yang berada di hospital memberitahu wartawan: �Doktor berkata, jarum itu mungkin termasuk ke dalam kepala ibu saya ketika dia berusia 18 bulan.
�Memandangkan otaknya belum membesar sepenuhnya ketika itu, jarum berkenaan tidak menjejaskan pembesaran ibu saya.�
Doktor mencadangkan Liu menjalani pembedahan membuang jarum itu kerana bimbang ia mungkin menyebabkan dia sakit teruk pada masa akan datang.
sumber: Metro