�Belajar undang-undang dulu,� - Kata KJ Kepada Zainal Abidin Hassan

�Belajar undang-undang dulu,� - Kata KJ Kepada Zainal Abidin Hassan


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (KJ) telah memberi jawapan kepada jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan.

�Belajar undang-undang dulu,� Itu reaksi KJ susulan kenyataan dari Zainal Abidin Hassan.

Sebelum itu, Zainal yang juga Timbalan Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia berkata, Jika KJ benar-benar mempunyai kuasa, dia mencabarnya gantung FAM dalam masa seminggu.

Zainal juga mahu melihat apa yang mampu dibuat oleh Khairy jika menggantung FAM dan apa rancangan dan tindakan beliau selepas itu untuk membangunkan arena bola sepak negara.

Menurut KJ, jika hendak menggantung FAM perlu mengikut undang-undang.

ini kata KJ di twitter:

�Kalau nak gantung pun kena ikut undang-undang. Surat tunjuk sebab, jawab 14 hari, ikut prosedur dan lain-lain,� 

FAM akan berdepan hukuman berat termasuk penggantungan atau pembatalan pendaftaran jika gagal mengemukakan jawapan munasabah kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) berhubung insiden memalukan di Stadium Shah Alam.

Khairy dilaporkan berkata, beliau sudah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman menghantar surat tunjuk sebab berhubung isu keselamatan dan kekecohan yang berlaku kepada FAM kelmarin.

HMetro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel