Derita Suami Terlampau Cemburu Dan Dayus

Derita Suami Terlampau Cemburu Dan Dayus


Ini merupakan kisah benar tentang masalah suami dayus. Gara-gara sikap suami yang bersikap cemburu terlampau, seorang wanita hidup menderita selepas ditinggalkan suaminya itu sejak September lalu.

Melalui laporan Sinar Harian, Salina Ahmad yang tinggal di Pasir Gudang berkata kehidupannya dalam kesusahan untuk menyara 5 orang anak sendirian.

Anak-anaknya berusia antara tiga hingga sembilan tahun,dan lebih mengejutkan Salina kini sedang mengandung anak keenam.

Hampir 10 tahun hidup terseksa mental dan fizikal kerana sikap suami yang bukan sahaja panas baran dan cemburu, malah sang suami juga gagal dalam menyediakan kewangan keluarga.

Ini komen wanita malang ini:

�Saya tertekan hidup kami dalam serba kekurangan kerana dia bekerja tidak menentu, tetapi menuduh saya curang dengan lelaki lain apabila saya ingin bekerja membantu menambah pendapatan keluarga.

�Saya akhirnya hilang sabar selepas dia mendesak melakukan hubungan suami isteri di depan anak-anak pada malam hari raya haji lalu.

�Dia marah sehingga melafazkan cerai apabila saya menolak kemahuannya dan enggan kembali ke pangkuannya walaupun sesekali datang menjenguk anak-anak,�

Salina dan anak-anaknya terpaksa mengikat perut kerana tiada punca pendapatan setelah gagal mendapat kerja kerana dirinya sedang hamil tujuh bulan.

Rumah pusaka yang didiami juga agak lusuh dan bocor. Malahan rumah itu menanti untuk roboh kerana dindingnya sudah dimakan anai-anai.

Ini tambahnya lagi:

�Saya hanya mengharap belas ihsan ayah yang sudah tua menghulurkan makanan sehingga kadangkala anak-anak saya hanya makan nasi berkuahkan minyak masak.

�Kalau tak ada beras langsung saya berikan mereka ubi kentang yang digoreng dengan bawang atau jemput-jemput pisang untuk mengisi perut.

�Saya merayu supaya diberikan tempat tinggal kerana saya sebenarnya takut tinggal di rumah ini. Lagipun saya mahu memulakan hidup baharu dengan bekerja untuk menyara anak-anak saya selepas bersalin nanti dan berpeluang menghantar anak-anak ke sekolah,�

Sumber: SinarHarian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel