6 Gambar Kemalangan: Toyota Hilux Rempuh 4 Kenderaan

Toyota Hilux Rempuh 4 Kenderaan


Satu kemalangan yang melibatkan 5 kenderaan telah berlaku semalam di Pahang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam, seorang penunggang dan pemandu kereta parah selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Toyota Hilux itu dipandu seorang lelaki berusia 40 tahun dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum menghentam sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di Jalan Temerloh-Mentakab, berhampiran Jalan Bahagia.

Kemudian, Toyota Hilux itu terus meluru ke arah sebuah stesen minyak yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian dan melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa serta dua kenderaan lain.

Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal dan pemandu Perodua Kelisa yang masih belum dikenal pasti identitinya parah.

Menurut seorang saksi bernama Alif, dia melihat kereta Toyota Hilux itu melanggar lampu merah seblum kemalangan tersebut.

�Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu melanggar lampu isyarat sebelum menghentam sebuah motosikal hingga menyebabkan penunggangnya melambung ke tengah jalan,�

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan polis akan menahan pemandu pacuan empat roda terbabit untuk tindakan lanjut. - Sumber: Metro







Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel