Linda Rafar Tawar Hati Dengan Suami
Linda Rafar Tawar Hati Dengan Suami
Linda Rafar hari ini akui sudah tawar hati dengan suaminya, pelakon, Syed Aiman selepas mendakwa dirinya diceraikan pada Selasa lalu.
Beliau berkata, dirinya trauma dan fobia dengan kemelut yang melanda rumah tangganya itu lebih-lebih lagi apabila kini sedang hamil tiga bulan.
Linda Rafar pagi tadi telah menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai berhubung kes beliau dan suaminya, Linda hadir ditemani keularga.
Kata Linda Rafar, setelah mendapat nasihat kakak dan ibunya beliau membuat keputusan untuk mendapatkan pengesahan cerai di mahkamah supaya perkara itu lebih jelas.
Sementara itu, Linda Rafar juga meminta suaminya bertanggungjawab dengan tindakan yang telah dibuatnya dan jangan menafikan perkara itu terutama dengan pihak media.
" Saya binggung dan sedih sebab tidak tahu apa punca sebenarnya. Ketika kejadian saya terpingga-pingga,"
"Apa yang saya dengar saya memang diceraikan, cuma saya rasa biar mahkamah yang putuskan kerana itu jalan terbaik,"
" Mengaku dan buang ego. Jangan buat seolah-olah saya mereka cerita. Saya sedih dengan apa yang berlaku,"
"Saya fobia anda ia berlaku lagi. Jujurnya saya sudah tawar hati dan saya rela menjadi ibu yang mengandung tanpa suami,"
Tambah Linda lagi, tidak ada siapapun yang mahu perkara seperti ini berlaku apatah lagi dia yang baru kehilangan anak dan kini sedang hamil.
Bagi dirinya, semua yang terjadi adalah dugaan hidup dan berharap akan terus kuat. Di tanya adakah beliau sedia kembali menjalani hidup bersama suami sekiranya lafaz cerai itu tidak sah, Linda diam seketika.