SENARAI PERIBAHASA PT3
PERIBAHASA PT3...!
SENARAI PERIBAHASA YANG TERDAPAT DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 1 hingga 3
BIL | PERUMPAMAAN/ PEPATAH | MAKNA |
1 | Air beriak tanda tak dalam | Banyak bercakap tanda tiada berilmu. |
2 | Alang-alang berminyak biar licin | Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. |
3 | Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan | Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya. (negatif) |
4 | Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan | Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. |
5 | Bagai air mencari jenisnya | Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah. |
6 | Bagai ayam disambar helang | Mati tanpa sakit / hilang tiba-tiba. |
7 | Bagai cendawan tumbuh selepas hujan | Terlalu banyak pada sesuatu masa. |
8 | Bagai cincin dengan permata | Pasangan yang sepadan. Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik sama padan seperti cincin dengan permata. |
9 | Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu | Hidup dalam kemelaratan. Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang. |
10 | Bagai layang-layang putus tali | Tiada berpedoman. @ sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja. |
11 | Bagai menatang minyak yang penuh | Memelihara anak dengan penuh kasih sayang. |
12 | Bagai minyak dengan air | Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat. |
13 | Bagai murai dicabut ekor | Orang yang suka bercakap. Perempuan yang suka bercakap banyak. Contoh ayat: Suasana di dalam kelas 3P2 riuh oleh suara Nadiah yang becok bagai murai di- cabut ekor. |
14 | Bagai pucuk dilancarkan | Amat cepat. |
15 | Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya | Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya. |
16 | Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang | Tidak sombong; rendah diri. |
17 | Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar | Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
18 | Belum duduk sudah berlunjur | Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu. |
19 | Berat mata memandang berat lagi bahu memikul | Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya. |
20 | Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak | Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah. |
21 | Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas | Lebih baik menarik diri terlebih dahulu sebelum diberhentikan dengan tidak terhormat. |
22 | Biar mati anak jangan mati adat | Adat yang tidak boleh dilanggar. |
23 | Biar putih tulang jangan putih mata | Lebih baik mati daripada menanggung malu. |
24 | Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga | Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula. |
25 | Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat | Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu. |
26 | Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh | Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan. |
27 | Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan | Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya. |
28 | Genggam bara api biar sampai jadi arang | Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya. |
29 | Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama | Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya. |
30 | Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai | Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu. |
31 | Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih | Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan. |
32 | Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung | Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan. |
33 | Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau | Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja. |
34 | Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah | Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap kejadian meninggalkan kesan. |
35 | Kalau tiada rotan akar pun berguna | Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada. |
36 | Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya | Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha. |
37 | Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang | Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. |
38 | Perempuan serasan, lelaki pemalu | Pegangan hidup yang tidak serupa. |
39 | Sebagai gembala diberi keris | Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna. |
40 | Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. |
41 | Semacam besar pacak daripada tiang | Belanja lebih besar daripada pendapatan. |
42 | Seperti air dalam dulang | Negeri yang aman sentosa. |
43 | Seperti api di dalam sekam | Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari |
44 | Seperti aur dengan tebing | Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu |
45 | Seperti aur ditarik songsang | Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan. |
46 | Seperti embun dihujung rumput | Tidak kekal / masa yang singkat. |
47 | Seperti harimau menyembunyikan kukunya | Orang yang menyembunyikan kelebihannya. |
48 | Seperti hujan jatuh ke pasir | Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia. |
49 | Seperti lintah menghisap darah | Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut. |
50 | Seperti lipas kudung | Selalu bergerak dengan cepat. |
51 | Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul dengan orang kebanyakan, namun hal itu bagai ular menyusur akal takkan hilang bisanya. |
52 | Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran | Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki. |