Serangan Paris: Wanita Hamil Bergayut Pada Tingkap Selamatkan Diri
Serangan Paris: Wanita Hamil Bergayut Pada Tingkap Selamatkan Diri
Selamatkan Diri Dengan Bergayut Di Tingkap
Seorang wanita yang sedang mengandung telah bergayut di tingkap apabila cuba menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kejadian berdarah di Paris.
Wanita itu terselamat setelah bergantung pada belebas tingkap bangunan di dewan konsert Bataclan yang menjadi medan serangan pengganas.
Setelah keadaan sedikit reda dari serangan, saksi menyedari terdapat seseorang sedang bergayut pada tingkat bangunan itu selepas mendengar jeritannya meminta tolong.
"Tolong, tolong saya mengandung, saya mengandung. Apa perlu saya buat?" jeritnya berulang kali.
Susulan itu, orang ramai berusaha menyelamatkannya dari tingkap itu dan dia terselamat.
Cerita Dari Saksi
Beberapa saksi kejadian telah tampil memberi kenyataan. Seorang penonton konsert warga Amerika Syarikat, Helen Wilson yang terselamat berkata, penyerang masuk bilik yang menempatkan golongan kurang upaya yang menggunakan kerusi roda.
Ini komennya:
"Tembakan dilepaskan secara rambang dan ketika penonton cuba melarikan diri, tembakan terus dilepaskan,"
Seorang lagi pengunjung konsert itu, Marielle Timm berkata, puluhan mayat bergelempangan di dewan yang sepatutnya malam persembahan rock itu.
Ini komennya:
"Tetapi tiba-tiba ada seorang lelaki masuk melalui pintu hadapan dan mula melepaskan tembakan. Mulanya kami anggap ia sebahagian daripada persembahan tetapi menyedari ia serangan apabila melihat seorang demi seorang terkorban.
"Saya pura-pura tidak bernyawa kerana bimbang ditembak mati. Mereka membunuh tanpa belas kasihan," katanya.