FAM Bakal Digantung Jika Gagal Jawab Surat Tunjuk Sebab

FAM Bakal Digantung Jika Gagal Jawab Surat Tunjuk Sebab


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berdepan penggantungan pendaftaran sekiranya gagal menjawab notis tunjuk sebab yang dihantar Pesuruhjaya Sukan.

Ini berberhubung kekecohan yang berlaku di Stadium Shah Alam Selasa lalu iaitu insiden kes suar oleh peminat Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) meminta Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman memberi surat kepada FAM bagi menjelaskan apa yang berlaku ketika aksi Malaysia menentang Arab Saudi.

Ini komen KJ:

"Surat sudah dihantar oleh Datuk Zaiton semalam (Rabu). Surat ini berdasarkan peruntukkan Akta Pembangunan Sukan yang memberi kuasa kepada pesuruhjaya sukan untuk mengarahkan sesiapa mendedahkan maklumat yang diperlukan.

"Kandungan surat itu meminta maklumat terperinci insiden yang perlu dijawab dalam tempoh 14 hari bermula tarikh surat dihantar pada 9 September," 

"Kalau meraka menjawab dalam tempoh 14 hari tetapi kami tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, pesuruhjaya sukan ada hak untuk menggantung FAM, tetapi perlu melalui proses dan hak menjawab.

"Ini juga termasuk apa sahaja  tindakan yang termaktub dalam Sesyen 20 (1) (6) yang memberi kuasa kepada pesuruhjaya sukan untuk membatal atau menggantung pendaftaran badan sukan yang tidak membetulkan apa sahaja salah, amalan salah laku atau luar aturan di pihak pemegang jawatan atau anggotanya dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis yang diberi oleh pesuruhjaya sukan," 

"Walaupun marah atau tidak berpuas hati dengan FAM, bukan itu caranya. Saya pun marah, tetapi bukan dengan cara ini. Ini amat tidak dibenarkan.

"Dan sudah tentu salah FAM juga kerana gagal menghalang insiden ini daripada berlaku walaupun banyak risikan mendapati bahawa perkara ini akan berlaku," 

KJ ternyata marah dan malu dengan kejadian ini. Bagi KJ kedua-dua pihak iaitu penonton dan FAM yang bersalah dalam hal ini.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel