Ini Komen Pedas Ong Kim Swee Dan Para Pemain Malaysia Kepada Ultras Malaya
Ini Komen Pedas Ong Kim Swee Dan Para Pemain Malaysia Kepada Ultras Malaya
Datuk Ong Kim Swee, penyandang jurulatih Harimau Malaya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penyokong bola sepak Harimau Malaya kerana insiden suar sehingga memaksa permainan ditamatkan awal.
Kini Ong Kim Swee menyerahkan nasib pasukan negara kepada FIFA samada tewas 1-2 atau diberi kemenangan percuma 0-3 kepada Arab Saudi
Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi itu dihentikan pengadil pada minit ke-88, berikutan tindakan penyokong yang bertindak membaling suar dan mercun roket ke kawasan padang.
Ini komen dari Ong Kim Swee dan beberapa pemain Malaysia.
Ong Kim Swee (jurulatih)
"Terpulang kepada FIFA untuk membuat keputusan kemudian. Segala keputusan kita akan terima, dan kita terpaksa menerima padahnya,"
"Saya rasa tidak perlu saya bercakap tentang perkara itu (kekecohan)...ia memalukan tetapi pemain menunjukkan satu permainan yang cukup baik. Mereka mengikut arahan dan bekerjasama antara satu sama lain, dan kita hampir melakukan kejutan,"
"Saya tahu mereka tidak berpuas hati dengan pihak tertentu, tetapi bola sepak harus diteruskan. Demi bola sepak kita perlu memikirkan apa akibatnya jika berlaku perkara ini lagi,"
Razman Roslan (pemain pertahanan dari Pahang)
"Saya kecewa dengan sikap segelintir penyokong dan berharap insiden ini tidak berulang,"
Baddrol Bakhtiar (pemain tengah dari Kedah)
"Mereka (penyokong) perlu bersikap positif dan terus beri sokongan. Bagi saya ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku,"
Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol Kelantan)
"Saya berasa malu dengan tindakan liar segelintir penyokong dan ia memberi kesan negatif kepada pasukan kita selaku tuan rumah.