Misteri Jam 12 - Hantu Tingkap Bilik Rumah



Dikongsi oleh Kak Fatimah
Dibaca oleh KC

Akak ingin berkongsikan pengalaman seram dan misteri yang akak alami. Kisah yang ingin akak kongsikan adalah mengenai sebuah misteri di tingkap rumah selepas kematian arwah nenek akak.

Semasa arwah nenek akak masih ada di rumah akak, dia selalu memanggil-manggil akak dengan nama timangan �imah� kerana meminta tolong buatkan sesuatu. Tetapi, sejak kematian arwah nenek, akak seringkali terdengar seolah-olah arwah nenek akak memanggil akak dengan nama timangan. Suaranya kedengaran sangat dekat di telinga akak. Sekali kali kadang-kadang terdengar suara itu datang dari luar tingkap rumah akak. Kadang-kadang akak pernah terlihat kelibat seakan akan muka arwah nenek akak di luar tingkap rumah tersebut.

Walaubagaimanapun, gangguan ini berlaku hanya untuk beberapa kali sahaja sebelum akak memanggil seorang ustaz untuk membersih rumah ini dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.
Itu sahaja kisah dari Kak Fatimah�.

__________________________


Seterusnya, adalah juga kisah mengenai pengalaman seram tingkap rumah..


Dikongsi oleh Imran
Dibaca oleh KC

Ketika saya sedang duduk di ruang tamu pada waktu malam, saya terperasan macam ada orang sedang berada dekat tingkap bilik tidur saya. Tapi setiap kali saya toleh, tidak ada sesiapa pun di sana.

Dan apabila saya masuk di dalam bilik kerana ingin lelapkan mata untuk tidur, saya dikejutkan dengan lembaga yang agak tinggi sangat-sangat sebabnya saya nampak samaran sahaja wajah makhluk yang menakutkan itu. Bila saya katakan saya nampak, bukan secara fizikal saya bangun saya nampak, TIDAK.  Waktu tu, saya dah masuk bilik, saya tengah baring dekat atas katil;. Kemudian, saya terlelap sampai saya tertidur. Dalam keadaan saya tidur tidak sedarkan diri, saya bermimpi di tingkap bilik rumah saya ini, ada sejenis makhluk yang tinggi berdiri..jadi sebab itulah bila saya bangun, saya dapat rasakan seolah olah apa yang saya mimpi, benar benar terjadi di alam realiti..



__________________________


Seterusnya, adalah juga kisah pendek mengenai pengalaman seram tingkap rumah..

Antara gangguan yang menghantui saya lazimnya waktu malam. Ketika saya sedang berbaring di atas katil, saya terdengar seperti ada orang memanggil �psssttt pssttt�� Jadi, lumrah manusia jika terdengar ada orang panggil, saya akan menoleh ke tingkap (tempat di mana terdengar bunyi tersebut). Memang tak nampak apa-apa, tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Dan akhirnya pada suatu malam, apabila saya berbaring di atas katil membaca buku seorang diri, saya terperasan macam ada benda berlegar-legar dekat jendela (tingkap) bilik tidur saya (ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan). Tetapi yang hairannya, setiap saya menoleh untuk memandangnya, benda itu hilang dari pandangan. Setiap kali ada sesuatu benda kat tingkap, bila saya toleh je, benda itu hilang entah ke mana.

Yang paling menakutkan apabila waktu tu seorang teman saya datang ke rumah saya lepak-lepak pada malam tu. Kemudian, saya suruh la teman saya masuk ke dalam bilik untuk mengambil bantal. Jadi, teman saya masuk dalam bilik nak ambil bantal atas katil, tiba-tiba dia terperanjat dan dia memberitahu dia taknak lagi masuk bilik saya, kerana dia menceritakan kepada saya dia ternampak seorang wanita berada di luar tingkap bilik tidur saya dan memandang ke arahnya.

Itu sahaja, sekian�

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel