Ibu Maut Cuba Leraikan Pergaduhan Dua Beradik

Ibu Maut Cuba Leraikan Pergaduhan Dua Beradik


Seorang warga emas ditemui maut selepas pihak berkuasa memecah masuk rumahnya di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri Cheras kira-kira jam 3 petang, semalam (Selasa).

KOMEN AWAL POLIS

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa seorang warga emas berusia 63 tahun dikenali sebagai Wan Yah Wan Mat, berasal dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.

Ini komen polis:

�Berdasarkan maklumat awal kejadian, berlakunya limpahan air yang keluar dari pintu utama rumah berkenaan membuatkan kejadian berkenaan di ketahui.

�Pintu rumah berkenaan berkunci memaksa anggota bomba bertindak memecahkan pintu tersebut untuk memasuki premis itu dan mereka menemui tiga individu termasuk mangsa yang terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu,� 

�Manakala bibir, mulut serta belakang kepala mangsa terdapat kesan bengkak. Ekoran kejadian itu, polis menahan dua anak kepada mangsa bagi membantu siasatan.

�Kedua-dua suspek lelaki dan wanita masih menuntut di universiti. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan,� 

KOMEN BOMBA:

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang mengatakan berlakunya cubaan membunuh diri.

Dari laporan awal yang diterima, pintu rumah berkunci dan cubaan anggota berinteraksi dengan mangsa bagaimanapun tidak berjawab.

�Anggota kemudiannya bertindak memecahkan pintu dan menemui tiga individu termasuk mangsa," katanya.

KOMEN JIRAN

Basir Abdullah, 41, jiran mangsa di Pangsapuri Sri Penara, di sini, berkata abang suspek yang juga pemilik rumah insiden pembunuhan itu berada di Kelantan kerana melawat neneknya yang sakit.

Sebaik mendapat panggilan abang suspek yang menghidu sesuatu tidak kena di rumahnya, Basir bergegas pulang dari Seremban sekitar jam 11 pagi dan mengetuk pintu rumah itu tetapi tiada jawapan.

"Saya sangka tiada orang di rumah tetapi kira-kira jam 1.30 petang saya terdengar suara anak perempuan mangsa meracau dari dalam rumah dan tidak lama kemudian menendang pintu depan.

"Wanita itu juga dilihat membuang pelbagai barang termasuk pakaian dari tingkap tandas rumah tanpa diketahui puncanya,"

Mangsa bersama dua anaknya itu baru tiba dari Kelantan pada Jumaat lalu dan ke Kuala Lumpur bagi mengubati anak perempuannya yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus.

Basir berkata, dia bersama jiran lain kemudian menelefon polis kerana bimbang perkara buruk berlaku.

"Bomba juga tiba selepas itu dan memecahkan pintu rumah selepas individu di dalam rumah enggan membuka pintu. Sebaik pintu dibuka, pihak berkuasa mendapati mangsa sudah terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. 

"Anak lelaki mangsa (suspek) duduk di atas sofa dalam keadaan tidak bermaya manakala, anak perempuannya yang sebelum itu meracau ditemui di dalam bilik,"

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel