"Juri Gegar Vaganza Kurang Ajar" - Bienda, Anak Sheeda

"Juri Gegar Vaganza Kurang Ajar" - Bienda, Anak Sheeda


Penyanyi, Bienda menyatakan rasa tidak puashati dengan juri Gegar Vaganza yang memberi komen kurang ajar kepada ibunya, Sheeda.

M. Nasir dan AC Mizal dikatakan telah mengaibkan Sheeda setelah mempermainkan usianya yang dikatakan cuba menjadi puteri kepada rakan duetnya, Aweera.

Ini komen Bienda:

"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian,"

"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta,"

"Saya tidak faham orang yang sering menhentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.

"Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial," 

Bienda berharap M.Nasir dan juga AC Mizal meminta maaf kepada ibunya itu selain memohon orang ramai berhenti mengejek ibunya di laman sosial.

Sheeda juga telah tersingkir pada malam itu yang merupakan peserta ketiga terkeluar.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel