Jin Pelaris di Setiu, Terengganu
Tempat : rumah mak mertua
Masa : 4tahun lepas
Ahli : keluarga aku
Suspek : Hantu Pelaris
Kejadian ni berlaku pd aku & family masa dalam perjalanan nk balik kg mertua aku di setiu,terengganu. Kami bertolak pd hari jumaat jam 3 ptg lepas solat jumaat dari KL. Dalam family aku ada mak,ayah,aku,wife & anak kecil aku bru setahun. Dari KL ayah aku yg drive, dia bg chance aku rilek dlu sebab nanti masuk cherating dia ckp tukar driver pula. Setiba di cherating aku bertanya kt ayah aku nk tukar driver ke? tapi kita berhenti makan dulu sebab jam dah pukul 7.30 malam. Ayah aku kata nanti lah kita berhenti kt depan. Aku hanya bagi respon OK. Dari cherating sampai ke Kerteh aku tgk ayah aku drive je tak pulak ada tanda� dia nk berhenti makan. Tiba� dia berhenti kt sebuah kedai tepi jalan. Kedai tu terletak di antara kerteh nk ke paka. aku tak berapa ingat lokasi yg sebetulnya. Kedai nampak usang tp agak memeranjatkan org terlampau ramai. Yang dtg mkn silih berganti mcm pelanggan tak putus� dtg. Kedai tu sentiasa penuh nk order pn ambil masa. Menu utama yang aku nampak kt signboard tulisan tgn ROTI TEMPAYAN.
Kami sekeluarga pn order tanpa syak apa�.Dalam fikiran aku hanya fikir mungkin kedai lain tak buka kot tu sebab orang ramai. Selesai makan malam kami meneruskan perjalanan. Masa ni aku pula yg drive. Elok masuk je dalam kereta anak aku menangis masa tu mak aku yg dokong anak aku ni. Aku tak syak apa� mungkin sebab dia penat kot jalan jauh. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Aku perhatikan bila isteri aku ambil anak aku akan menangis tak tahu punca kenapa. so dalam perjalanan tu anak aku cuma duduk dgn mak aku je. Nasib lah mak ayah aku nk ikut aku balik rumah mak mertua aku kalau tak aku pn tak tahu nak buat apa.
Kami sampai di rumah mak mertua aku ngam� pukul 12 tgh malam. Isteri aku turun untuk panggil org buka pintu dan pergi ke kereta balik untuk ambil anak aku tp masa tu anak aku masih lg menangis bila tgk isteri aku. Bila semua org dah masuk rumah anak aku masih menangis lg so mak aku decide dia jaga anak aku malam tu. Masa aku ambil barang untuk dimasukkan ke dlm bilik aku tgk isteri aku dah ada dalam tu. Aku ni jenis org yg pakai spec mata. so biasa klu pakai spec lama� mata jadi letih. Aku pn buka spec untuk gosok� mata sebab letih tak semena� aku terkaku sekejab lihat wajah isteri aku. Aku tenung melihat tanpa berkelip. Aku rasa lain je muka isteri aku ni. kenapa jadi putih plain mcm pelakon opera cina bila makeup. Aku tersedar bila isteri aku tegur dan bertanya kenapa pandang dia mcm tu? Aku hanya diam dan duduk di sudut katil. sambil berfikir.. mungkin sebab ni kot anak aku takut. Ada benda tumpang rupanya. Aku tidak bg tahu sesiapa pn dlm rumah tu sebab takut nanti semua org takut dan terjaga dari tidur.
Aku biarkan saja cuma baca ayat kursi berberapa kali.tp macam tak jalan je.mungkin aku ni kurang ilmu. Malam tu aku tidur ala kadar takut benda tu buat kacau.tapi Alhamdulillah sampai pagi tiada apa� yg aneh berlaku dalam rumah tu. Aku ingatkan benda yg menumpang tu dh pergi tapi sangkaan aku meleset,mana taknya anak aku masih lg tak nak kt isteri aku.Aku baru cakap kt keluarga aku yg aku nampak malam tadi,mungkin sebab tu anak aku tak nak dan menangis bila tengok isteri aku. Mak aku terus baca lah ayat ayat alquran (ayat dan surah mane aku tak pasti) dan minta isteri aku ikut bacaan dia dan lepas tu minta isteri aku pergi mandi air yg telah dia sediakan. Alhamdulillah lepas mandi anak aku terus nk dekat isteri aku.
Kakak ipar aku bawa aku dan isteri pergi rumah pengamal perubatan islam dan minta org tu tengok kn kot� benda yg tumpang tu ada lg ke tak tapi alhamdulillah org tu cakap benda tu dah pergi dia cuma tumpang aje dan memang tak kacau.sambil berseloroh benda tu sesat kot.. ketawa org tu.
Aku senyum je sambil tu aku usik bini aku ada benda yg berkenan le tu..
sekian.