Sultan Johor Bertitah: Kecil Hati Dengan Berita Tunku Jalil

Sultan Johor Bertitah: Kecil Hati Dengan Berita Tunku Jalil


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkecil hati setelah berita anakanda baginda, Tunku Abdul Jalil, yang menjadi mangsa penyebaran berita palsu di laman media sosial.

Kononnya Tunku Jalil dimasukkan ke hpspital dan kini sedang sakit tenat.

Baginda bertitah Tunku Abdul Jalil berada dalam keadaan baik, namun baru-baru ini ada mengadu sakit belakang sehingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

Ini titah Baginda Sultan Johor:

 �Anakanda saya Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil dimasukkan di Wad DiRaja Hospital Sultanah Aminah semalam, selepas mengadu belakang dia sakit. 

Keadaannya bukanlah begitu teruk, seperti yang mana tersebar. Dia masih di hospital dan berada dibawah perhatian doktor. 

Penyebaran berita bahawa keadaan dia tenat, adalah tidak benar. Saya merayu sikit kepada orang ramai jangan hebah-hebahkan berita berita palsu begini di laman media sosial, saya berasa kecil hati.

Saya nasihatkan Bangsa Johor supaya jangan hebah-hebahkan dalam media sosial berita palsu, kalau ada apa apa pun, saya sendiri yang akan sampaikan berita itu di laman Facebook dan akaun Instagram saya. 

Kepada mereka yang gemar menyampaikan berita palsu, fikirlah perasaan keluarga saya, bila kami mendengar berita palsu ini.� 

Sumber- FB: Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel