Pencuri Sempat Masak "Jemput-Jemput" Selepas Pecah Masuk
Pencuri Sempat Masak "Jemput-Jemput" Selepas Pecah Masuk
pembantu kedai menunjukkan geriji besi diumpil |
Seorang peniaga kedai makan di Segamat terkejut apabila mengetahui gerainya di Jalan Medoi, di sini, diceroboh masuk.
Namun apa lebih memeranjatkan, dia mendapati pencuri itu sempat memasak "jemput-jemput" apabila menceroboh kedai makannya.
Kemudian, penceroboh itu mencuri dua tong gas dan beberapa peralatan perniagaannya termasuk pinggan, mangkuk serta sudu.
Pemilik kedai, Noraini Mohd Yaacob menerima berita kedainya dicuri setelah diberitahu pembantunya kira-kira jam 5 petang ketika ingin memulakan perniagaan.
Penjenayah itu menceroboh masuk selepas mengumpil besi jeriji tingkap di bahagian dapur berdasarkan kesan yang ditinggalkan.
Ini komennya:
�Apa yang mengejutkan, penjenayah turut sempat memasak kerana terdapat beberapa biji jemput-jemput yang ditinggalkan di atas dapur.
�Saya tidak tahu bila premis ini diceroboh, tetapi apa yang pasti penjenayah sempat memasak dan makan sebelum beredar bersama dua tong gas dan beberapa peralatan perniagaan saya,�
Sumber: HarianMetro