Anak Perempuan Tikam Bapa Sebab Tak Restu Hubungan Sejenis

Gadis Tikam Bapa Sebab Tak Restu Hubungan Sejenis


Memang kejam. Hanya kerana cinta songsang, seorang ayah hampir maut selepas ditikam oleh anak perempuannya dalam kejadian di kediaman mereka.

Kejadian jenayah domestik ini berlaku di Taman Desa Bakti, Jinjang Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi tadi.

Kata polis, kisahnya bermula apabila suspek yang baru berumur 18 tahun tidak berpuas hati dan mengamuk kerana bapanya tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis lain.

Ini komen Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy:

"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.

"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," 

Mangsa telah dibawa oleh ahli keluarganya yang lain untuk mendapatkan rawatan di Hospital Selayang dan keadaan masih stabil.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel