Doktor Kacak Tampil Buat Penjelasan, Dia Bukan Doktor Sakit Puan Sebenarnya

Doktor Kacak Tampil Buat Penjelasan, Dia Bukan Doktor Sakit Puan Sebenarnya


Kisah doktor kacak telah menjadi viral minggu ini apabila beebrapa wanita termasuk yang dah berkahwin menggedik dengannya apabila muncul sebagai tetamu di konti HOT FM.

Paling melampau ada yang mahu doktor ini menyambut kelahiran anaknya.

Melihat kemarahan orang ramai, doktor kacak yang bernama Shazril ini membuat permohonan maaf dan juga mendedahkan hal sebenar.

Dr Shazril kini masih lagi dalam latihan dan masih belum mepunyai lesen untuk dibook untuk menyambut kelahiran bayi.

Doktor kacak yang berbadan sado ini merupakan doktor pelatih (house officer/ HO) yang perlu melalui rotation sebanyak 6 department sebelum mendapat lesen penuh atau digelar medical officer (MO)

Ini komennya:

Assalamualaikum & a very good evening everyone.

Pertama kalinye, sye ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas nasihat & teguran yg diberikan oleh anda di laman sosial media baru-baru ini. Mmg tidak sye sangke perjumpaan di hot.fm isnin lepas akan mencetuskan pelbagai kontroversi dari pelbagai pihak. Wlpn ade komen2 yg rata2 berbaur kurang enak untuk didengar, buang yg keruh, ambil yg jernih, komen itu boleh diambil sebagai pengajaran untuk sye perbaiki diri sye as a doctor & as a person.

Kesimpulannye, sye hanyelah manusia biase yg x lepas dr melakukan kesilapan & sye memohon maaf sekiranye sye ade menyinggung mana2 pihak.

And to clear off d air, sye bukan lah seorang doktor pakar sakit puan, sye hanyelah seorang pegawai perubatan siswazah (houseman) yang kini di unit kecemasan.

Apa pun sebenarnya doktor ini tak salah pun tetapi yang menggedik di luar sana dan juga tema yang dibawa oleh HOT FM yang dilihat salah.

Lagipun doktor ni pun dah berkahwin dan mempunyai isteri yang cantik yang juga seorang doktor.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel