Ini Komen Dr MAZA Ekoran Isu Penghinaan Terbaru Alvin Tan Yang Semakin Melampau
Ini Komen Dr MAZA Ekoran Isu Penghinaan Terbaru Alvin Tan
Baru-baru Alvin Tan sekali lagi menghina agama Islam dan perangainya semakin menjadi-jadi untuk mencari publisiti.
Tindakan kontroversi Alvin Tan dalam penghinaan terbarunya dikatakan amat melampau dan terlalu biadap.
Dari laporan SinarHarian, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan itu menunjukkan dia tidak layak untuk hidup dalam masyarakat manusia yang normal.
Ini komen Dr MAZA:
"Telah lama isu Alvin Tan ini. Semakin hari semakin jahat dan jijik. Nampaknya 'kedajalannya' sudah melampaui batasan yang sepatutnya.
"Dia membakar api kemarahan yang sukar dipadam. Orang seperti ini hanya membangkitkan kebencian antara kaum dan agama. Ya ALLAH! Ke atas si dia ini tindakan-MU yang selayaknya,"
Alvin Tan kini dikatakan berada di Amerika Syarikat dan masih aktif di laman sosial.
Sumber:Sinar Harian