Kerani Mati Dibunuh: Polis Tahan 6 Suspek Warga Nepal
Kerani Mati Dibunuh: Polis Tahan 6 Suspek Warga Nepal
Hari ini, satu berita yang menyedihkan berlaku. Satu jenayah kes bunuh berlaku di Muar Johor yang mana seorang wanita dibunuh kejam.
Yang terkini, Polis Muar telah menahan enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan rompak kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap.
Ini komen Polis:
"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan.
"Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan,"
Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob. polis sebaik menerima panggilan kecemasan petang semalam dan beberapa anggota polis bergegas ke lokasi.
Apabila polis sampai , mereka menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu.
Kereta milik mangsa juga masih lagi belum dimatikan enjin, manakala pintu kereta di bahagian pemandu terbuka.
Siasatan awal, mangsa dipercayai mati akibat dijerut dan siasatan awal mendapati barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.
Sumber: Harian Metro