"Kucing Ni Gigit Dompet Aku"

"Kucing Ni Gigit Dompet Aku"


Satu perkongsian yang menyentuh hati telah menjadi viral baru-baru ini. Kisah ini berkenaan seekor kucing.

Seorang pengguna facebook bernama Abdillah telah berkongsi kisah dimana dia bertemu dengan seekor kucing yang akhirnya buat dia menyintai haiwan itu.

Malangnya kucing itu baru sahaja mati ketika melahirkan anaknya.

Jom baca kisah kucing dan juga Abdillah:

Aku ade seko kucing paling aku sayang....nama dia kupa....

Ni anak2 dia...ade 9 ekor semua... Mati sebab lahirkan anak2 dia 

Sedih sebab kupa ni la titik tolak aku sgt sayangkan kucing.. Dulu...aku bukan suka pon kucing..suka berak merata..seat moto kena cakar... Sakit hati... Tapi bermula apabila.... 2 taon lepas aku makan kat sebuah tempat kat melaka  Kupa mengemis tulang dari meja ke meja...sampai la ke meja tempat aku mkn.. Aku kasi dia seketul hujung kepak ayam...

Then lepas makan aku beredar....pegi la balik teruskan keje... Lepas isya aku perasan dompet hilang...punya la gelabah....sbb baru gaji separuh gaji da aku keluarkan....

Last2 aku pegi kedai tempat aku makan...hujan renyai kedai tutup...musnah harapan aku nak jumpa Tapi kuasa Allah....aku nampak seekor kucing basah dlm hujan....then paling aku terkejut....ya Allah....kucing ni gigit dompet aku bg pd aku...

sumpah aku mmg xtaw nak cakap mcm mana... Hanya seketul tulang sisa makan aku dia balas jasa aku....dlm kebasahan hujan...sbb to aku jaga dia sampai dia lahirkan anak2nya...

Mungkin cerita aku tidak masuk akal..tapi itulah yg terjadi pada aku... Maaf..aku x boleh letak gambar dia...sbb aku sedih...kucing pun boleh jujur...kenapa tidak aku.. Aku akan jaga anak2 dia sebagai balas jasa dia pada aku..lihatlah kuasa Allah sekali lagi..9 ekor anaknya..memang luar biasa. Semadilah kau disana...

Sumber: FB

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel