Rafizi Tunggu Jawapan Arul Untuk Berdebat Tentang Isu 1MDB

Rafizi Tunggu Jawapan Arul Untuk Berdebat Tentang Isu 1MDB


Rafizi Ramli kini sedang menunggu jawapan dari Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat tentang isu 1MDB.

Jika berlaku, debat ini dijangka menjadi tumpuan ramai yang mahu jawapan kepada segala persolanan tentang 1MDB.

Rafizi juga berharap Arul tidak berdalih lagi selepas menyatakan kesediaan untuk berdepan sesiapa sahaja di hadapan penyokong Umno.

Sekiranya Arul menolak cabaran debat dari Rafizi, beliau menganggap Arul bukan seorang ahli profesional.

Rafizi yang merupakan ahli parlimen Pandan manakala Arul pula merupakan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB.

Ini komen Rafizi:

"Saya berharap kesediaan saya melayan kembali ego Arul Kanda tanpa syarat ini akan disambut oleh beliau. Jika beliau berdalih sekali lagi dan memberi pelbagai alasan, saya beranggapan beliau pun tidak berbeza dengan ahli-ahli politik Umno yang hanya berani mendabik dada di gelanggang sendiri di depan penyokong sendiri.

"Maka saya nasihati beliau menyertai Umno secepat mungkin. Saya akan menunggu maklumbalas beliau," 

"Oleh kerana beliau telah menyatakan secara terbuka kesediaan untuk berdepan dengan saya, maka saya akan menyahut kesediaan itu," 

Menurut Rafizi lagi, beliau akan menulis secara rasmi hari ini kepada Arul mengenai tawaran debat itu.

Rafizi menambah, beliau akan  menulis secara rasmi kepada Sinar Harian hari ini untuk menjadi penganjur bebas kerana Sinar Harian telah beberapa kali mengadakan wacana yang menemukan pimpinan BN dan Pakatan Harapan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel