Serang Balas: Perancis Lancar Serangan ke Atas Syria
Serang Balas: Perancis Serang Syria
Setelah negara Perancis diserang, pesawat pejuang Perancis pula telah membedil kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa, Syria.
Ini disahkan oleh kementerian pertahanan negara itu setelah serangan di paris yang mengorbankan lebih dari 120 orang.
Serangan itu dikatakan bermotif balas dendam terhadap serangan IS di Paris, Sabtu lalu turut memusnahkan sebahagian besar kem latihan kumpulan pengganas itu.
Dalam serangan udara itu, sebanyak 12 pesawat pejuang termasuk 10 jet pengebom telah melepaskan sebanyak 20 bom di lokasi sasaran terhadap kumpulan ISIS.
Ini komen Kementerian Pertahanan Perancis:
"Sasaran pertama memusnahkan pos pengawal yang digunakan Daesh (satu lagi akronomi Arab untuk IS), pusat latihan dan depot peluru dan senjata. Sasaran kedua dilepaskan ke kem latihan pengganas,"
Kesemua pesawat pejuang berlepas dari Jordan dan Emiriah Arab Bersatu dan dijalankan dengan kerjasama tentera Amerika.
Presiden Perancis, Francois Holland telah menyalahkan kumpulan IS kerana melancarkan serangan keganasan yang berlaku di Paris itu.
Sumber; TheGuardian / mStar