3 Pesawat Tersadai Di KLIA Kekal Misteri, Tak Tahu Siapa Punya

 3 Pesawat Tersadai Di KLIA Kekal Misteri, Pemilik Pun Tak Tahu Siapa  


3 pesawat jenis Boeing 747-200F yang tersadai di KLIA kekal menjadi tanda tanya apabila tiada tuntutan dari pemilik malah tiada dokumen siapakah pemilik terkini.

Ketiga-tiga pesawat berkenaan dikatakan sudah beberapa kali bertukar tangan hak milik.

Pangkalan data Boeing menunjukkan, ketiga-tiga pesawat itu mempunyai tanda pendaftaran TF-ARN, TF-ARH, TF-ARM iaitu tanda yang digunakan syarikat pajakan, Air Atlanta Icelandic, tetapi syarikat itu memaklumkan semua pesawat berkenaan sudah dijual pada 2008.

Selepas gagal mengesan pemilik tiga pesawat komersial terbabit, walaupun memiliki nombor pendafatarannya, satu notis dikeluarkan dalam ruangan iklan akhbar The Star dan Sin Chew Daily Isnin lalu

Zainol Mohd Isa yang merupakan Pengurus Besar Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASB),  berkata pesawat berkenaan sudah tersadai di KLIA sejak lebih setahun.

Ini komen Zainol:

"Pihak kami tidak pasti siapa pemilik pesawat ini sekarang dan siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini terutama bagi melunaskan bayaran meletakkan pesawat mereka di sini (KLIA) dan caj berkaitan.   

"Mereka (pemilik) belum membayar sebarang kos tetapi kepada siapa hendak kami hantar bil? Setakat ini, hanya tiga pesawat berkenaan yang tersadai di KLIA," katanya ketika dihubungi semalam.

Sumber: Berita Harian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel