(Gegar Vaganza) Farahdhiya Ingin Tarik Diri, Datuk Ramli MS Selamatkan Keadaan

(Gegar Vaganza) Farahdhiya Ingin Tarik Diri, Datuk Ramli MS Selamatkan Keadaan


Peserta akhir Gegar Vaganz 2 (GV2), Faradhiya mengaku ingin  menarik diri Ahad yang lalu ekoran masalah vokal yang dialami.

Farahdhiya yang dikatakan kurang sihat telah hilang suaranya pada pagi Ahad dan ingin menarik diri dari pentas semi final.

Namun, Ramli MS (Tok Ram) telah menyelamatkannya dengan membuat arrangment key yang berlainan agar sesuai dengan suara Farah.

Farahdhiya kemudian meneruskan persembahan setelah mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari Datuk Ramli MS yang menurunkan �key� nyanyiannya.

Ini komen Farahdhiya:

�Semasa �reherseal� suara saya okay, boleh dikatakan 85 peratus pulih. Tetapi pada pagi sebelum berlangsungnya konsert, suara saya tiba-tiba tak keluar dan sakit dibahagian kerongkong.

�Rasa sakit ini memang dah lama, pelbagai jenis ubat dan hospital pakar telah saya pergi untuk jalani rawatan.

�Doktor hanya mampu berikan saya ubat yang bersesuaian agar ia pulih seperti biasa. Tetapi apa yang saya pelik ialah, saya tak demam, saya tak batuk dan saya tak selsema.

�Tetapi saya boleh hilang suara dan tidak mampu menyanyikan lagu �Ku Kunci Cintamu Di Dalam Hatimu� dengan �key� yang bersesuaian sehingga digubah mengikut kemampuan saya,� 

Simner: Murai

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel