(E-Sport Berkembang) Main Fifa 16, Kini Boleh Jana Pendapatan

(E-Sport Berkembang) Main Fifa 16, Kini Boleh Jana Pendapatan


Selain DOTA, permainan Fifa 16 kini semakin mendapat perhatian dan berkembang maju di Malaysia. Kini hanya dengan main Fifa16, sudah boleh jana wang.

Pelbagai pertandingan Fifa16 melalui platform konsol PS4 telah diadakan. Dan baru-baru ini, satu pertandingan besar telah dibuat oleh XPAX sempena Fantasy Fest 2015.

Hadiah yang ditawarkan amat menarik iaitu berjumlah RM 5,000. Memang banyak dah tu.

Pertandingan diadakan di Kenangan Wholesale City di Kuala Lumpur dan disertai 64 orang peserta. Konsepnya hanyalah kalah mati tetapi pemain akan bermain best of 3. Maknanya main 3 kali.

Ini keputusannya:

1) Infinite Amirul (RM 2,500)
2) Kickers Dan (RM1,500)
3) Kickers Shige (RM1,000)
4) Kickers Elnino (saguhati)





Competition kali ini berjalan lancar dengan diuruskan oleh beberapa pihak iaitu Gamer'z Junction, Gamesbond, Geek Empire dan juga Kitamen.

Khairil (kanan), founder clan Kickers
Menerusi temubual bersama Khairil (Elnino) founder Kickers iaitu salah satu clan Fifa16, pertandingan Fifa selalunya berlangsung sengit dan clan-clan semakin berkembang.

Antara clan yang ditubuhkan sempena permainan Fifa16 ialah Kickers, Infinite, MyFes, Prodigy, WTF, Lokal dan banyak lagi.

Kata Khairil, ahli Kickers sahaja sudah mencecah 20 orang pemain. Ahli-ahli Kickers ini akan berlatih hampir setiap hari dengan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pemain game dari dalam dan luar negara secara online.

Menjelang pertandingan pula, ahli Kickers selalunya mengadakan latihan intensif sehari sebelum pertandingan.

Selepas ini akan ada satu lagi pertandingan besar bakal berlangsung khas buat pemain Fifa16 PS4 iaitu pertandingan MalaysiaCyberGame.

Hadiah yang ditawarkan ialah RM20,000. Fuh mantap !! nak tahu lebih lanjut boleh KLIK SINI.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel