Kombo Disember Di kakinovel.my | Novel Aku Fall In Love! & Akhiri Penantian

? Assalamualaikum ?

Kombo Disember Di kakinovel.my | Novel Aku Fall In Love! & Akhiri Penantian - Dapatkan novel dengan kos percuma seluruh Malaysia. Dua novel kombo untuk bulan disember. 

   
Sinopsis Novel Aku Fall In Love! :
Hidup Mawar tidak pernah dihiasi pelangi kerana ibu tirinya, Mak Dinah sering menyakitinya. Mak Dinah membenci Mawar kerana wajah Mawar persis arwah ibunya yang merupakan penghalang cinta Mak Dinah dengan ayah Mawar ketika zaman mereka muda dahulu.
�Apa? Aku kata tunggu tu tunggulah! Biar kering tahi di punggung bapak kau tu. Nak sangat aku yang buat, kan? Ha tunggulah!� ~ MAK DINAH
Kehadiran Encik Ammar (majikan Mawar) dan Carl Azhar (pemuda kacukan Melayu-Inggeris) telah membuatkan hatinya menjadi libang-libu. Encik Ammar tidak pernah berputus asa menawan hatinya hinggakan Mawar dihimpit serba salah.
�Awak ingat saya nak biarkan awak tunggang skuter waktu macam ni? Fikirlah logic sikit Cik Mawar. Awak tu perempuan. Bahaya ada di mana-mana. Tak tahu takut ke awak ni? Ke awak dah biasa merayap malam-malam?� ~ AMMAR
Carl Azhar pula sering mencuit hatinya walaupun permulaan perhubungan mereka sering dihiasi dengan pergaduhan.
�Eh, you don�t talk many-manylah. I�m late. Later my bos angry to me!� ~ MAWAR
�Tak payahlah nak over sangat menangis, I tahu you terharu, kan?� ~ CARL AZHAR
Mawar harus membuat pilihan dan usai hati telah memilih si jejaka, dugaan lain pula datang menimpa. Tabahkah Mawar menerima ketentuan Ilahi buatnya itu?
�Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi, perancangan Allah itu lebih indah.�

Sinopsis Novel Akhiri Penantianku:-
Airin dan Ilhan Ruiz disatukan atas desakan Datin Yasmin. Perkahwinan ini tidak menghalang Ilhan Ruiz untuk terus bersama dengan Anita. Dan Ilhan Ruiz tersepit apabila Airin dan Anita hamil.
�Kau pukul dia tadi, kan? Sekarang kau pulak rasa sakitnya. Berani kau kata anak kami anak haram. Anak yang aku suruh gugur itulah anak haram. Anak yang aku tak nak tengok lahir berbinkan aku. Kau ingat satu perkara ni Airin. Tanamkan dalam otak kau. Talak pada kau akan jatuh sebaik saja aku bernikah dengan Anita.� ~ ILHAN RUIZ
Dalam satu pertengkaran di antara Airin dan Anita, Ilhan Ruiz memihak kepada Anita lalu Airin membawa diri apabila Ilhan Ruiz melafazkan cerai taklik.
Izinkan Airin pergi. Ampunkan dosa Airin dan halalkan semuanya. Airin harap encik tak lupa solat walaupun Airin dah tak ada untuk siapkan semua ni selepas ini.
Beberapa tahun kemudian, Airin kembali mencari Ilhan Ruiz demi menyelamatkan nyawa anak mereka, Aqil yang disembunyikan kelahirannya daripada Ilhan Ruiz.
Kehadiran Aqil memberi nafas baru dalam diri Ilhan Ruiz. Agenda diatur untuk memiliki Aqil. Untuk mendapatkan Aqil, dia perlu mendapatkan Airin terlebih dahulu.
Namun, Malik dan Sania mengganggu rancangan Ilhan Ruiz untuk menjernihkan semula hubungannya dengan Airin.
�Hati� sabarlah menanti luahan kata cinta daripada dirinya.�

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel