Karangan PT3:Ucapan:Upacara Keraian
Anda seorang pegawai kebajikan masyarakat di tempat anda . Anda telah diminta berucap pada upacara keraian yang diadakan di Rumah Orang Tua .Tuliskan teks ucapan anda itu .
Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berhormat Lee Hsien Lock,wakil rakyat daerah Gelang Patah,pelajar SMK Taman Selesa Jaya 2,penduduk-penduduk Rumah Orang Tua Mesra.Saya berasa gembira kerana telah diundang ke majlis ini dan saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada pagi yang indah ini.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis ini sebenarnya diadakan untuk meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-58 negara kita.Pada hari ini,saya ingin mengingatkan tentang kemerdekaan negara kita.Negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hasil daripada perbincangan antara Perdana Menteri pertama kita,Tunku Abdul Rahman dengan permaisuri British di London.Beliau bersatu dengan tokoh-tokoh negara untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu
Kini,negara kita merupakan sebuah negara yang sedang maju.Kemajuan ini bukan sahaja daripada usaha pemimpin-pemimpin negara malah usaha setiap warganegara Malaysia.Rakyat pada masa dahulu telah banyak berusaha untuk memajukan makaysia Malaysia.Oleh yang demikian,kerajaan telah mengiktiraf golongan tua sebagai golongan warga emas.Golongan inilah yang paling berjasa dan berbakti kepada negara.Mereka telah berkorban untuk mempertahankan negara.Terdapat golongan emas yang terdiri daripada bekas tentera dan polis yang sentiasa berusaha mempertahankan kedaulatan negara di samping membanteras jenayah.
Hadirin yang dikasihi,
Golongan tua perlu dihargai kerana merekalah yang memajukan negara kita sehingga kini.Malangnya,beberapa anak yang tidak bertanggungjawab menganggap mereka sebagai beban dan menghantar mereka ke rumah orang tua.Mereka telah melupakan jasa ibu bapa mereka bagai kacang melupakan kulit.Dalam usaha mengejar kemewahan,mereka telah melupakan ibu bapa yang menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh.Kesannya,ibu bapa mereka terpaksa mendukung duka cita dan hidup sebatang kara di rumah orang tua.
Para Pelajar sekalian,
Pada pagi ini,saya ingin mengambil kesempatan mengingatkan para remaja yang hadir pada hari ini untuk menghormati ibu bapa.Merekalah insan yang tidak pernah mengeluh walaupun kita menyusah dan membebankan mereka.Ibu bapa tidak pernah menganggap anak sebagai beban malah menganggapnya sebagai kurniaan Tuhan.Kalian sebagai seorang anak harus menghormati ibu bapa dengan mendengar nasihat ibu bapa.Kalian tidak harus menghampakan harapan ibu bapa kita terhadap kalian.Kalian perlu belajar bersungguh-sungguh supaya dapat membalas jasa ibu bapa apabila dewasa kelak.Jangan sesekali menganggap ibu bapa sebagai beban.
Tanpa melengah-lengahkan masa,saya akan merasmikan majlis pada hari ini.Saya akan mengumumkan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan bersempena dengan Hari Kemerdekaan.Pada 20 Ogos,walkaton bersempena hari kemerdekaan akan dijalankan.Ini merupakan aktiviti yang sihat untuk semua lapisan masyarakat.Semua penduduk di Rumah Orang Tua dan penduduk Taman Skudai Baru digalakkan untuk menyertai walkaton ini.Selain itu,pertandingan nyanyian lagu atau sajak patriotik juga diadakan.sehari sebelum hari kemerdekaan iaitu 30 Ogos,keraian hari kemerdekaan akan dijalankan di Rumah Orang Tua mesra.
Akhir kata,saya berharap majlis pada hari ini telah menyedarkan semua tentang betapa pentingnya menghangat menghargai golongan tua.Selain itu,saya juga berharap remaja yang hadir pada hari ini akan menghormati ibu bapa mereka.Kita juga perlu sentiasa bersyukur kerana hidup bermaruah di tanah yang merdeka.Sebelum mengundur diri,saya ingin memohon maaf jika apa-apa saya katakan telah menyinggung perasaan kalian.Sekian,terima kasih.