Laporan tentang Punca-Punca Pelajar Kurang Berminat Menggunakan Perpustakaan Sekolah

                                        Laporan tentang Punca-Punca Pelajar Kurang Berminat 
                                               Menggunakan Perpustakaan Sekolah

      Pada 1 Oktober 2015 yang lalu, beberapa orang Pegawai Pendidikan Daerah telah mengadakan lawatan ke sekolah.Mereka turut mengunjungi perpustakaan sekolah .Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah tersebut telah melahirkan rasa kecewa dengan bilangan murid yang berada di perpustakaan.Mereka menuntut pihak sekolah agar mengambil tindakan untuk menarik minat pelajar untuk menggunakan perpustakaan.Oleh yang demikian,saya telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah.Borang soal selidik telah diserahkan kepada seramai 1000 pelajar dan keputusannya juga amat mengecewakan.
      Punca utama yang menyebabkan pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah ialah suasana perpustakaan sekolah yang kurang selesa.Alat penyaman udara di perpustakaan sering rosak dan menyebabkan suasana di perpustakaan panas.Selain itu,perpustakaan sekolah kita juga mempunyai ruang yang sangat sempit.Keadaan ini menyebabkan ruang untuk menempatkan meja dan kerusi tidak mencukupi.Suasana yang panas bertambah teruk apabila pengudaraan di perpustakaan tidak baik.Pustakawan sekolah juga tidak menjalankan tugas membersihkan perpustakaan sekolah dan menyebabkan keadaan perpustakaan kotor.
      Di samping itu,bilangan buku yang tidak mencukupi juga merupakan antara punca yang menyebabkan pelajar kurang berminat menggunakan perpustakaan sekolah.Buku-buku yang terdapat di perpustakaan terlalu sedikit dan memenuhi keperluan pelajar.Selain itu,perpustakaan sekolah juga hanya menempatkan buku-buku rujukan berformat lama dan tidak membuat pembaharuan.Sebagai contoh,PT3 telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggantikan PMR sejak 2014 tetapi perpustakaan di sekolah kita masih mengekalkan buku-buku yang menggunakan format PMR.
     Tambahan pula,buku-buku di perpustakaan  juga terdapat dalam keadaan tidak baik.Banyak buku di perpustakaan telah koyak dan didapati beberapa muka surat beberapa buku telah hilang.Terdapat juga banyak buku yang telah hilang.Pustakawan sekolah juga tidak amanah dalam melaksanakan tugas.Mereka tidak merekodkan tentang kehilangan dan kerosakan buku.Kecuaian pustawan ini telah menyebabkan beberapa pelajar mengambil kesempatan dan merosakkan buku perpustakaan.Akibatnya,buku perpustakaan telah menjadi mangsa vandalisme.
     Selain itu,banyak pelajar yang mengadu masa rehat tidak mencukupi.Menurut mereka,waktu rehat,iaitu 20 minit hanya cukup untuk makan.Setelah mengkaji dengan selanjutnya,saya mendapati bahawa masa rehat memang tidak mencukupi.Ini kerana ramai orang pelajar yang pergi ke kantin untuk membeli makanan.Keadaan kantin terlalu sesak dan pelajar tidak dapat membeli makanan dengan cepat.
      Kesimpulannya,perpustakaan sekolah kita mempunyai beberapa kekurangan.Oleh yang demikian,saya berharap pihak yang menguruskan  perpustakaan sekolah  dapat mengambil tindakan secepat mungkin untuk menarik minat pelajar untuk menggunakan perpustakaan sekolah.Saya ingin mencadangkan beberapa cara untuk menarik minat pelajar.Pihak perpustakaan perlu membaiki alat penyaman udara dan menambah keluasan perpustakaan.Selain itu,pihak perpustakaan juga memperbanyakkan bilangan buku di perpustakaan dan menempatkan buku yang berformat terkini.Pustakawan juga harus sering melakukan penyemakan dan merekodkan segala kehilangan dan kerosakan buku.Pihak perpustakaan juga perlu mengadakan kempen atau aktiviti membaca dan memberi penghargaan kepada pelajar yang membaca paling banyak buku.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel