Punca-punca berlakunya gejala pembuangan bayi
Gejala pembuangan bayi kini kian kerap berlaku dalam kalangan masyarakat belakangan ini.
Bincangkan punca-punca berlakunya gejala tersebut.
Akhir-akhir ini,berita tentang gejala pembuangan bayi dapat diperhatikan pada dada akhbar.Gejala ini telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian masyarakat dan media massa.Menularnya gejala ini mendatangkan pelbagai kesan negatif.Antaranya ialah mencemarkan maruah keluarga dan negara.Apakah punca-punca berlakunya gejala pembuangan bayi ini ?
Salah satu puncanya ialah kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa.Dalam dunia masa kini , setiap manusia sibuk mengejar kemewahan, ramai ibu bapa bekerja untuk menyara keluarga masing-masing. Kesan daripada itu ialah mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Akibat daripada kesibukan mereka,mereka lepas tangan terhadap anak-anak mereka dan menaruh kepercayaan terhadap anak-anak mereka dalam melakukan sesuatu atau mengambil apa-apa keputusan ..Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka.Anak-anak rasa seolah-seolah diabai dan tertekan dengan keadaan mereka.Akibatnya,mereka mencari jalan keluar dan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Mereka tercari-cari orang yang dapat memberi kasih sayang kepada mereka.
Selain itu,kekurangan didikan agama juga menjadi punca utama berlakunya gejala pembuangan bayi.Seseorang yang mengamalkan ajaran agama sebagai pedoman hidup tidak akan melakukan perkara yang tidak bermoral ini.Semua agama menyuruh penganutnya berbuat baik dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak bermoral.Ibu bapa yang terlalu sibuk juga terlupa tanggungjawab mereka untuk menerapkan ajaran agama dan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.
Tambahan pula,pengaruh media massa juga menjadi punca berlakunya gejala tersebut.Remaja mudah terjebak dengan laman web pornografi yang dapat meracuni fikiran remaja.Stesen televisyen pun seringkali menayangkan filem-filem barat yang mendapat sambutan daripada penonton.Lazimnya,budaya barat selalu bertentangan dengan amalan budaya Timur.Filem-filem barat selalunya memaparkan unsur-unsur cinta dan seksual yang terlampau.Filem-filem tersebut meracuni fikiran penonton-penonton yang tidak matang.Remaja yang bersifat suka meniru apa sahaja yang dipaparkan kepada mereka mudah terpengaruh dengan mencontohi aksi filem tersebut.
Di samping itu,pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca gejala pembuangan bayi.Remaja pada masa ini lebih rapat dengan rakan sebaya mereka daripada ibu bapa.Mereka mudah terpengaruh dengan kata-kata manis rakan sebaya.Mereka mendengar apa-apa sahaja kata-kata rakan mereka seperti kerbau dicucuk hidung.Sesetengah remaja juga berasa cemburu melihat rakan-rakan mereka ada teman lelaki.Perilaku pasangan bercinta yang dikaitkan dengan keindahan menyebabkan mereka mudah lalai dengan bisikan nafsu walaupun pada awalnya hanya sebagai cara menunjukkan kasih sayang. Hal ini menyebabkan berlakunya perbuatan sumbang dalam kalangan pasangan bercinta dan berterusan menyebabkan berlakunya seks bebas.
Gejala pembuangan bayi bukan sahaja dalam kalangan pasangan yang belum berkahmwin malah turut melibatkan pasangan yang telah berkahwin.Sesetengah pasangan berkahwin muda yang masih belum matang berasa mereka tidak memerlukan bayi.Mereka berasa tertekan dengan beban untuk mengasuh bayi. Pasangan muda ini mengambil jalan mudah dengan cara membuang bayi mereka .Sestengah ibu bapa membuang bayi yang cacat fizikal kerana berasa malu untuk menjaga anak yang cacat .
Konklusinya,gejala pembuangan bayi merupakan perkara yang paling hina dan memalukan.Oleh yang demikian,ibu bapa perlu sentiasa mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama supaya tidak terlibat dalam gejala negatif ini.Pasangan yang telah berkahwin perlu berbincang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mereka hendak anak atau tidak.Mereka juga boleh merujuk kepada kaunselor atau institusi kekeluargaan untuk khidmat nasihat.Bayi merupakan kurniaan tuhan,kita tidak harus membuangkannya.