Kaji Dasar Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara- MARA
Majlis Amanah Rakyat (Mara) dikatakan akan menyemak semula penghantaran pelajar tajaannya ke luar negara bagi menyelaraskannya seruan kerajaan Malaysia.
Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi dasar baharu inanti, hanya segelintir pelajar terpilih sahaja akan dihantar belajar ke luar negara manakala selebihnya akan ditempatkan di universiti di negara ini.
Pihak kerajaan menyeru universiti tempatan mengambil pelajar luar negara seperti dari Indonesia, China, India serta Afrika tetapi pada masa sama, manakala kita pula yang hantar pelajar negara ini ke luar negara.
Jelas beliau lagi , "Sepatutnya kita yang menggalakkan pelajar meneruskan pengajian di universiti tempatan memandangkan keupayaan tenaga pengajarnya menyamai dengan universiti luar negara,'
Beliau menyatakan begitu kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ketujuh Sekolah Kebangsaan Kerayong Jaya,
Menurut Ismail Sabri, setiap tahun Mara menghantar lebih 1,000 pelajar tajannya ke luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Jepun, dan Australia.