Kes Bunuh Altantuya- Najib Tidak Terlibat
Terkini, menurut Sirul Azhar Umar yang telah pun bersumpah bahawasanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada kena mengena dalam pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Menerusi satu video berdurasi 55 saat, bekas komando polis itu dilihat duduk dengan tenang dan menyatakan :-
'Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak yang berkepentingan untuk menjatuhkan seseorang,' kata Sirul.
'Saya tidak pernah diajar untuk memfitnah seseorang.Ia merupakan dosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu. "Dan saya lafazkan di sini, Wallahi... Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, ,
Sirul juga berkata , Ia merupakan video ketiga bersuara mengenai kes pembunuhan Altantuya. Menerusi video pertama, Sirul berkata, terdapat pihak berkepentingan yang cuba mensabotaj seseorang, tetapi tidak menyatakan sebarang nama.
Menerusi video kedua menunjukkan Sirul mendedahkan "wanita",itu adalah Altantuya, Juga pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Sirul dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh Altantuya.